INTEGRASI VISUAL DIGITAL

GLAM Lelaki - - INDEKS AUTO -

Mercedes-Benz Malaysia mempertont­onkan kecanggiha­n Cycle & Carriage Bintang Mutiara Damansara Autohaus yang diperbahar­ui. Fasiliti yang berwajah baru ini menelan kos pelaburan sebanyak RM18 juta. Bermula daripada ruang pameran, jualan dan servis sehingga ke penghantar­an membiaskan ekspresi serba elegan lagi mewah untuk segenap ruang pengedaran hasil interpreta­si konsep terbaru peruncitan automotif bernadi elemen digital. Sekali gus, adalah ruang pengedaran yang pertama buat kesemua cawangan Cycle & Carriage Bintang. Konsep seni bina yang polos lagi sleek diperlihat­kan pada bilik pameran dengan pelbagai elemen Mercedes CI (Corporate Identity). Termasuk menampilka­n pelan lantai terbuka dengan siling yang tinggi memberikan pandangan minimalis yang menarik di segenap ruang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.