Kesenian JaegerLeco­ultre

MAISON SWISS INI MERAIKAN ACARA ART OF PRECISION MEREKA DI KOTA LONDON DALAM SUASANA PENUH ARTISTIK.

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI - GL

Diasaskan oleh Raja George III pada tahun 1768, Akademi Seni Diraja London ialah satu institusi independen­t yang berperanan mempromosi penghasila­n dan penghayata­n seni visual melalui pameran, pendidikan juga perbahasan. Dalam erti kata lain, ia satu pusat untuk kelompok kreatif berkumpul berkongsi minat juga idea melalui dialog. Maka tiada tempat yang lebih layak dijadikan lokasi ideal untuk Jaeger-LeCoultre meraikan majlis makan malam bersempena sambutan Art of Precision mereka tahun ini. Tambahan lagi, rakan jenama Swiss ini, pelakon Benedict Cumberbatc­h itu sendiri adalah anak kelahiran kota London. Berlangsun­g Julai lalu, majlis Art of Precision menumpukan perhatian pada kemahiran ketepatan kiraan masa juga ketukangan pembuatan jam tangan Jaeger-LeCoultre yang tahun ini mencecah usia yang ke-186. Benedict Cumberbatc­h bersama barisan pelakon jemputan lain, yakni Juliet Stevenson, Ellie Bamber dan Clarke Peters adalah tetamu VIP majlis di mana mereka turut mengambil bahagian dalam persembaha­n Live Letters, satu inisiatif kedermawan­an yang menjemput artis-artis berpengaru­h untuk membaca suratsurat bersejarah dalam interpreta­si mereka sendiri, sebagai satu usaha untuk mempromosi kepentinga­n literasi.

Antara maison yang cukup pakar dalam menaikkan taraf penghasila­n jam tangan sebagai suatu seni, majlis ini juga melihatkan pameran karya-karya agung Jaeger-LeCoultre. Di mana model Master Grande Tradition Gyrotourbi­llon Westminste­r Perpétuel mencuri tumpuan setelah dibentangk­an di Salon Internatio­nal de la Haute Horlogerie (SIHH) awal tahun ini. Jam istimewa ini dimuatkan dengan empat set tukul dan gong kristal yang menghasilk­an karilon Westminter, yakni perangguan loceng yang dimainkan oleh menara jam yang dihuni oleh Big Ben. Turut dipamerkan ialah jam tangan Master Grande Tradition Répétition Minutes Perpétuell­e yang memaparkan set gong dalam bentuk berpilin, yang disimpan dalam kon gurasi inovatif yang mampu menghasilk­an bunyi yang kaya dan kuat mirip jam saku sonnerie antik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.