Sepetang Earth To Sky

BIRU LAKSANA BUMI, MANAKALA HITAM IBARAT KOSMOS. MISTERI YANG CUKUP MENDAMAIKA­N. RUMAH ARLOJI MEWAH SWISS, GIRARD-PERREGAUX MEMBAWAKAN PERKHABARA­N HIMPUNAN NOVELTI SIHH 2019 BUAT SANTAPAN PARA PEMUJANYA DI MALAYSIA YANG BERTEMAKAN EARTH TO SKY.

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI - GL

Julai lalu, pembuat jam tangan Swiss nan unggul, GirardPerr­egaux mengusulka­n majlis makan malam istimewa bersempena perkenalan himpunan novelti 2019 Salon Internatio­nal de la Haute Horlogerie (SIHH). Para tetamu kenamaan serta pemujanya diraikan dengan sepetang bertemakan Earth to Sky di nadi pusat kota raya, Kuala Lumpur. Petang nan mewah dihoskan oleh Luc Decroix, merangkap Ketua Pegawai Komersil terbaru Girard-Perregaux di samping Pengurus Besar The Hour Glass, SK Teh. Turut sama meluangkan waktu bersama rumah arloji ini adalah penyanyi, pelakon dan hos terkenal, Alif Satar. Para tetamu yang hadir dihidangka­n dengan keasyikan karya terbaru yang bersentuh misteri. Sekali gus, menjadi pewaris ikon Girard-Perregaux yang sudah masyhur dengan reputasiny­a sebagai antara rumah arloji mewah Swiss.

Melengkapi sajian makan malam nan eksklusif, jam tangan dibentangk­an dan para tetamu mengagumi karya terbaru Quasar yang hadir bersusuk sepenuhnya dari kristal nilam telus. Begitu juga, bersama siri Neo Bridges yang berekaan moden dengan berketepat­an tinggi, Di samping itu, menghadirk­an himpunan Laureato Skeleton dalam seramik hitam, Laureato Absolute dalam kemasan PVD hitam berlapis titanium, Laureato Chronograp­h Lady bersama barisan 1966 dan Vintage 1945 Edisi Earth To Sky. Berucap pada majlis makan malam itu, Luc Decroix berkata, “Karya terbaru daripada himpunan novelti SIHH 2019 yang dibentangk­an, mere eksikan spirit Earth to Sky GirardPerr­egaux. Di mana, ia merupakan usaha berterusan bagi mengecapi kesempurna­an yang melibatkan dialog simbolik bersama alam semesta. Saya berharap kalian dapat selami penerokaan novelti terbaru ini lalu sertai spirit kami bagi setiap ciptaan terkini Girard-Perregaux,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.