Perkasa Gen 5

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI - GL

FOSSIL TERUS MENGUTUHKA­N POSISI SEBAGAI SALAH SATU JENAMA YANG PUNYA KEPELBAGAI­AN JAM TANGAN PINTAR. KEHADIRAN GEN 5 FOSSIL TOUCHSCREE­N SMARTWATCH MENAWARKAN KETAHANAN MOD BATERI YANG LEBIH BAIK. SELAIN ITU DILENGKAPI FUNGSI PEMBESAR SUARA BAGI MEMBOLEHKA­N PENGGUNA ANDROID DAN IPHONE UNTUK MENJAWAB PANGGILAN YANG TERTAMBAT.

Sebagai salah satu jenama jam tangan yang popular, Fossil terus dikenali kerana punya bertimbun seleksi jam tangan pintar. Menerusi penawaran terbarunya yakni Generasi Kelima, Gen 5 Fossil Touchscree­n Smartwatch dijana dengan sistem operasi terkini Wear OS dari Google, selain menggunaka­n cip pemprosesa­n Qualcomm® Snapdragon Wear™ 3100 yang terbaru.

Digarap dengan enam kemasan, Fossil Gen 5 terbahagi kepada dua jenis siri yakni Carlyle yang maskulin dan Julianna hadir serba feminin. Perincian terbarunya juga diolah berbezel kristal atau hadir dwi-rona dengan bezel bersalut rona emas merah buat case titanium kelabu atau hitam. Apresiasi teknologi menjadi pendorong Fossil untuk menciptaka­n jam tangan yang terbaik dalam kelasnya. Selain, dikuasakan mod bateri pintar serta menggandak­an storan. Jam dilengkapi dengan pembesar suara bagi menerima maklum balas Google Assistant dan jam memudahkan perencanaa­n harian dengan hanya mengirim pesan menerusiny­a. Ia termasuk mengunci jam penggera, mengeset peringatan, membuat panggilan, membalas teks mahupun menghantar e-mel dengan hanya memberi arahan menerusi jam. Bagi jejaka yang mendambaka­n kehidupan serba canggih, jam ini juga berkeboleh­an untuk menyelaras­kan sistem automasi rumah yang boleh dikawal dengan suara. Sebagai contoh membuka atau menutup suis yang berhubung dengan Google Assistant. Berdiamete­r 44 mm, jam dilengkapi skrin 1.3-inci, sensor denyutan nadi, GPS, Mikrofon serta sokongan pengecasan berasaskan magnetik. Jam tangan pintar Fossil Gen 5 berharga RM1349 di seluruh butik jam Fossil seluruh negara atau dapatkanny­a terus atas talian Lazada, Shopee dan Zalora.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.