Julang Tradisi Ketukangan

RADO MENJUNJUNG PELUANG KEEMASAN KALA MENCITRAKA­N JAM TANGAN EDISI TERHAD TRADITION GOLDEN HORSE. BERSENTUH GAYA VINTAJ YANG MENAWAN, MENGHUBUNG­KAN WARISAN KETUKANGAN MASA LAMPAU YANG UNIK LANGSUNG MENDUKUNG NILAI ESTETIKA YANG TIADA TOLOK BANDINGNYA.

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI - GL

Tahun 1957 menandakan pelancaran himpunan perdana jam tangan di bawah rumah arloji Rado. Antaranya adalah barisan Golden Horse yang popular. Dalam penambahan baru buat koleksi Tradisi yang kian malar, Rado menginterp­retasikan semula karya-karya jam tangan perdananya. Ini kerana sekitar tahun 1950an, jam tangan secara tradisinya diwarisi keluarga. Demikian, Rado menciptaka­n jam tangan Golden Horse dari material keluli tahan karat agar ia terus utuh untuk dipakai dari satu generasi ke generasi seterusnya.

Di samping itu, ia merupakan langkah berani kerana kala itu logam berharga seperti emas dan platinum secara tradisinya adalah material utama yang digunakan dalam pembuatan jam.

Maka, keputusan itu telah mengangkat­nya sebagai item fesyen lalu menetapkan statement gaya peribadi buat Rado. Wajah baru Golden Horse ini hanya punya satu misi, di mana ia perlu berhaluan asli. Ini bererti tiada perincian dekorasi yang sarat sebaliknya memaparkan fungsi dengan keterbacaa­n yang jelas. Case keluli tahan karat berdiamete­r 37 mm ini memaparkan laman dail rona merah lembayung kehitaman. Efek ombré atau gradien rona ini menjadi latar belakang yang sempurna untuk menyerlahk­an lambang sepasang kuda laut dalam rona emas. Begitu juga tulisan Golden Horse ditulis merentasi dail dikekalkan dalam font yang sama seperti pada tahun 1957.

Tetingkap tarikh pada kedudukan jam 3 diolah berangka merah pada latar belakang putih agar jelas serta mudah dibaca. Signatur utama sauh yang berputar kini dipaparkan pada kesemua jam tangan bernadi automatik citra Rado. Tali kulit sapi yang dicetak corak buaya menyempurn­akan jam edisi terhad ini. Di mana, rekaannya adalah tipikal untuk jam tangan yang direka pada tahun 1957. Namun, tidak lagi dilihat menerusi himpunan alaf baru. Berlindung dari balik kristal nilam, Rado menggantik­an kaca akrilik yang digunakan pada karya asal bagi melindungi mekanikal kaliber ETA automatik C07 buatan Swiss yang menawarkan rizab kuasa sehingga 80 jam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.