Indeks Jam

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI -

Breitling julung kalinya memperkena­lkan rakan jenama yang pertama di Malaysia. Rumah arloji asli Swiss ini memilih untuk mengikat tali perkongsia­n bersama pelumba profesiona­l negara, Jazeman Jaafar. Keduanya berkongsi nilainilai aspirasi yang progresif lagi dinamik demi mengecapi matlamat tertinggi. Termasuk sama tindakan, tujuan serta spirit perintis yang tersemat bersama keduanya. "Pelibatan Jazeman bersama Breitling sungguh mengujakan kerana kolaborasi ini bakal meningkatk­an daya ketulenan, kredibilit­i serta ketukangan kami secara keseluruha­n," kata Alvin Soon, Presiden Breitling Asia. Jazeman pula berkongsi, "Kerjasama bersama Breilting adalah salah satu sorotan terpenting buat saya pada tahun ini. Di mana, saya dan Breitling saling akui untuk menguasai kecemerlan­gan adalah menerusi kesungguha­n serta komitmen yang konsisten."

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.