Ragam Paris

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI -

KALI PERTAMA MENJEJAKI MINGGU FESYEN PARIS, IA TERNYATA PENGALAMAN YANG MEMBUKA MATA SAYA. PERLU BERGESA DARI SATU LOKASI KE LOKASI YANG LAIN, MENYEDARKA­N SAYA BAHAWA MEN’S FASHION WEEK IS THE REAL DEAL. LAIN BENAR IMPAKNYA DENGAN MANA-MANA ACARA LAIN YANG PERNAH SAYA HADIRI SEBELUM INI. PENGALAMAN KE MINGGU FESYEN BAIK UNTUK MEREKA YANG PEDULI AKAN KEBERADAAN SEBENAR INDUSTRI FESYEN LELAKI YANG KIAN PESAT.

Paris antara kota kesukaan saya. Banyak inspirasi boleh saya dapat di Paris. Berjalan-jalan di jalanan Paris sangat mengujakan saya. Bangun pagi dan keluar mencari sarapan merupakan antara momen kegemaran saya di Paris. Suasana nyaman yang menyelubun­gi pada setiap pagi, memberi ketenangan dan merangsang mood percutian. Fizikal dan mental yang penat dapat berehat seketika.

Sebelum dapat melawat Paris, pelbagai cerita indah dan kurang enak kedengaran. Termasukla­h, baru-baru ini saya pernah menonton Vlog nukilan Malaysia yang bercerita tentang pengalaman pahit mereka sepanjang berkunjung Paris. tersebut pulang dari Paris dengan rasa tidak puas hati. Saya pula mengalami pengalaman yang berbeza kala berkunjung Paris. Dari reka bentuk bangunan, kesenian, sajian, destinasi belibelah, cuaca dan banyak lagi amat menginspir­asikan saya. Syukurlah setakat ini, semuanya meninggalk­an memori yang indah. Dan membuatkan saya sering ter kir akan Paris tiap kali kepenatan mental melanda.

Kala kunjungan saya ke Paris dua bulan lalu, saya berpeluang menghadiri beberapa acara fesyen sempena Minggu Fesyen Lelaki. Bertujuan meraikan ketibaan koleksi musim bunga/panas 2020. Bekas rakan sekerja saya, Ardi pernah berpesan kepada saya, kalau ada peluang, pergilah tengok Minggu Fesyen Lelaki.

Pada waktu itu, saya hanya mampu memasang angan-angan. Rasa seperti tidak akan mungkin saya dapat ke sana. mengapa tak Minggu Fesyen, bukan? Dalam kehidupan ini tiada yang mustahil. Dan tak salahnya kalau ada niat yang betul, apa jua impian dengan keizinan Tuhan pasti terlaksana. Hari ini saya percaya akan mereka yang pernah berpesan kepada saya, hendak melakukan sesuatu itu, tak kiralah urusan apa sekali mahupun aspek pekerjaan, niat kena betul. Jujur dan mahukan yang terbaik dalam melakukan sesuatu itu. In shaa Allah akan tertunai.

Undangan pertama yang saya terima adalah daripada rumah fesyen Dior Men. Seterusnya, Louis Vuitton, Celine, Dunhill dan Paul Smith. Boleh bayangkan tak, Saya cuba pendam perasaan gembira itu sedaya upaya.

Tambahan pula, saya mengikuti perkembang­an fesyen lelaki Louis Vuitton khususnya sejak Kim Jones masih bergelar Pengarah Artistik, dan seterusnya disambung Virgil Abloh untuk mengendali­kannya. Yang mana, pertukaran drastik dilakukan oleh Virgil melalui rekaan lelaki Louis Vuitton.

Seperkara saya kagum tentang Minggu Fesyen adalah orang-orangnya. Selain selebriti, personalit­i fesyen dan golongan media, dan paling menarik perhatian saya.

Sama seperti di Dior Men, Paul Smith dan sebagainya, label tersebut benar-benar fokus kepada golongan yang sepatutnya duduk menyaksika­n peragaan koleksi.

Selain bertujuan memperagak­an fesyen di peringkat tertinggi, jenama-jenama fesyen yang mengambil bahagian dalam Minggu Fesyen mengetenga­hkan individu-individu fesyen di pentas dunia dan memberi pendedahan kepada mereka.

Meskipun, lapangan penerbitan media cetak terjejas dek kemajuan digital, para pereka fesyen masih menyediaka­n ruang buat ‘orang lama’. Dan percaya akan kepentinga­n media dalam mempamerka­n jenama mereka di kota yang penuh prestij itu.

. Pemakaian mereka tidak berlebih. Misalnya, cukup sekadar bercelana denim dipadankan dengan T-shirt polos atau kemeja boling sarat cetakan. Menyilang beg mikro sebagai pelengkap gaya. Aksesori seperti topi pula sebagai peningkat stail. Tetapi, Selebihnya,

Misalnya, ada yang ke acara Dior Men, kemeja Dior Men yang dipakainya adalah yang pernah menjadi pada musim lepas. Ada impak, ringkas dan ada penegasan gaya. Tak perlu berusaha lebih atau demi mendapatka­n perhatian. Atau seboleh-bolehnya bergaya luar biasa untuk menunjukka­n dialah tetamu paling penting. Model-model pun tak kurang hebatnya. Masing-masing ada kekuatan tersendiri serta wajah dan ciri zikal mereka sememangny­a ‘strong’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.