Hear Me Roar!

HELAIAN KLASIK BERUNSUR CETAK HAIWAN HADIR MENGAUM DI PENTAS PERAGAAN MUSIM LURUH SEJUK TAHUN INI. SEBUAH STATEMENT YANG BERANI MALAH EKSTRA BUAT LANDASAN FESYEN LELAKI!

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI -

Boleh dilihat kebanyakan penggemar fesyen kian taksub dengan trend corak haiwan di mana ia dijadikan antara item wajib ada sebagai pelengkap gaya. Walaupun cetakan ini boleh dikategori­kan sebagai motif klasik yang sentiasa menjadi trend dalam fesyen wanita. Namun ia tidak lagi asing buat para lelaki mengenakan­nya oleh kerana arus peredaran zaman kian berubah dan generasi pria milenial masa kini lebih berani dan menonjol tatkala bersiap supaya mereka juga dapat dilihat dan diperhati.

Lebih rancak apabila rumah fesyen terkenal seperti Versace, Neil Barrett, Raf Simons bermain dengan cetakan ini pada jaket juga kot trench yang diterapkan pada beberapa variasi fabrik. Motif leopard antara yang menjadi pilihan teratas buat kebanyakan jenama fesyen tidak kira sama ada pasaran kelas atasan mahupun pasaran massa, kerana ianya memiliki unsur mewah dari segi corak dan warnanya yang mampu membuat helaian berpotonga­n ringkas menjadi luar biasa. Malah sesuatu yang unik tentang cetak leopard ini, ia mesra dengan semua jenis warna kulit tidak kira gelap, cerah mahupun sawo matang

Gelombang pakaian bercetak kulit haiwan ini tidak lagi hanya tertumpu pada kaum wanita kerana ia kini telah diletakkan pada garis helaian uniseks. Jikalau anda ingat pada pelakon legenda Cary Grant dalam lem tahun 19 0, My Favourite Wife, beliau menggayaka­n helaian jubah mandi bermotifka­n corak haiwan ini dengan penuh karisma membangkit­kan lagi aura wataknya. Jadi buat anda yang ini mencuba helaian jenis ini, yang penting be bold!

Kurt Cobain dalam salinan bermotif leopard

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.