Bukan Sekadar Trend

POPULARITI NILON DI PENTAS PERAGAAN FESYEN LELAKI PUNYA POTENSI UNTUK MEMBAWA IMPAK POSITIF KEPADA ALAM SEKITAR.

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI - GL

Jika dulu lelaki lebih tertumpu pada fesyen sebagai ekspresi gaya dan kepuasan diri semata-mata, kini mereka semakin cenderung untuk ber kiran praktikal. Aspek utiliti dan fungsi juga penting, tanpa perlu berkomprom­i pada stail. Ekoran anjakan kiran ini, seperti yang diraikan oleh koleksi beg baru daripada Dior Men musim ini, nilon sudah menjadi fabrik pilihan para pereka dalam mencoret trend baru untuk fesyen lelaki. Tahun ini saja kita melihat kot trench hijau bercetak di Dunhill, jaket sut berpanel nilon di Kenzo, kolaborasi Junya Watanabe dengan The North Face... nilon semakin mempengaru­hi perbualan fesyen. Lebih menarik, daripada gerakan ini, satu trend mikro tercetus: recylced nylon. Seperti jaket yang diperbuat daripada payung terjun kitar semula dalam koleksi Raeburn.

Malah, nilon kitar semula membentuk berita sensasi tahun ini apabila dua rumah fesyen besar mengumumka­n keputusan baru mereka untuk memanfaatk­an material ini.

Jun lalu, jenama yang sentiasa dilihat sebagai penggerak revolusi dalam fesyen, Prada melancarka­n inisiatif Prada Re-Nylon yang bertujuan untuk menggantik­an kesemua produksi himpunan beg nilon sedia ada Prada kepada versi mesra alam menjelang 2021. Yakni dengan menggunaka­n Econyl, benang nilon yang dihasilkan daripada sisa buangan seperti jala ikan, reja-reja kain dan sisa plastik. “Projek ini menyoroti usaha berterusan kami ke arah mempromosi­kan perniagaan yang bertanggun­gjawab,” ujar Lorenzo Bertelli, Ketua Pemasaran & Komunikasi Kumpulan Prada. “Koleksi ini akan membolehka­n kami memberi sumbangan dan membuat produk baru tanpa perlu bergantung pada sumbersumb­er baru.”

Sebagai usaha memupuk kesedaran, Prada bergabung dengan rakan medianya, National Geographic untuk menerbitka­n satu siri video pendek berjudul What We Carry. Berkelana dari Afrika ke Amerika, Asia dan seterusnya Eropah, setiap satu daripada lima episod siri ini berkongsi sumber bahan kitar semula yang berbeza yang diproseska­n untuk membentuk benang Econyl. Siri What We Carry boleh ditonton di prada.com. Syukurlah, Prada bukanlah satusatuny­a rumah fesyen mahu memperjuan­gkan penggunaan Econyl. Ogos lalu, Burberry memperkena­lkan koleksi kapsul khas merangkumi parka bermonogra­m, car coat dan cape coat yang diperbuat daripada Econyl. Ini bukanlah usaha pertama Burberry dalam menghasilk­an fesyen mesra alam, dan yang pastinya, bukan usaha terakhir juga. “Koleksi ini hanya salah satu cara aktif Burberry untuk mengubah dan meningkatk­an setiap peringkat produksi kami,” jelas Pam Batty, Naib Presiden Tanggungja­wab Korporat Burberry. “Kerana kami tahu industri ini boleh memainkan peranan penting dalam membina masa depan yang lebih mapan melalui sains dan inovasi.”

Kalau diikutkan usaha dua rumah fesyen ini, nilon mungkin akan melepasi statusnya sebagai satu trend lantas kekal sebagai satu fabrik fesyen yang penuh inovasi juga bertanggun­gjawab.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.