Aura Mewah Nilon

UNTUK MUSIM SEJUK 2019-2020, KIM JONES MENYERLAHK­AN LAGI SISI SOFISTIKAT­ED NILON DALAM KOLEKSI BEG KHAS YANG MENCERMINK­AN IMEJ ELEGAN JEJAKA DIOR MEN.

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI -

Leather, fur, cashmere, silk... masing-masing sering dijulang sebagai material yang luxe, yang membentuk uniform mahupun aksesori golongan jetsetter. Yang menggambar­kan liburan hedonistik dan percutian di resort eksotik. Mungkin begitulah senarionya pada era 1990-an atau 2000-an dulu, bila gaya hidup mewah itu lebih ‘arti cial’ seperti yang disimbolka­n oleh kot bulu, kemeja sutera sarat corak dan kasut kulit yang tidak selesa. Namun abad ini, takrifan ‘kemewahan’ telah berevolusi, lebih menitik beratkan kepada memperkaya­kan suatu pengalaman agar menjadi lebih bermakna, bukan sekadar mengejar kepuasan kosong semata-mata. Juga dengan berkembang­nya trend athleisure dan sportswear yang kian mende nisikan aliran fesyen mana kini, item-item yang suatu ketika dulu punya status pertengaha­n telah bangkit sebagai item mewah. Maka kemeja T, hoodie, kasut sniker, fanny pack, are the new luxuries. Kerana komuniti hari ini menegaskan keselesaan dan practicali­ty sebagai satu kemewahan. Tambahan lagi, dengan gaya hidup alaf baru yang berpaksika­n budaya digital, teknologi juga dilihat sebagai suatu kemewahan.

Tak hairanlah, tanpa disedari nilon sudah dinaikkan tarafnya sebagai satu material mewah. Dulunya lebih diterima dalam arena sukan atau aktiviti outdoor, kehadiran nilon di pentas-pentas peragaan dunia beberapa musim ini menuntut perhatian, malah disambut dengan tangan terbuka. Praktikal dan berteknolo­gi tinggi, nilon kini digarap sebagai sesuatu yang elegan dan relevan, yang layak duduk sebaris dengan material-material mewah yang lain.

Di antara pejuang tegar material ini tak lain tak bukan pengarah artistik Dior Men, Kim Jones. Untuk koleksi musim sejuk 2019-2020 terutamany­a, Jones meraikan peribadi elegan jejaka kontempora­ri Dior dengan barisan beg dan aksesori nilon yang menggabung­kan kilauan sutera satin dengan pesona fabrik yang lebih teknikal ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.