Indeks Fesyen

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI -

Buat penggemar jenama fesyen tempatan. KFC Malaysia telah melancarka­n koleksi 11 Finger Lickin’ Good Goods, selepas mengumumka­n kerjasama dengan jenama streetwear terkenal, Pestle & Mortar Clothing (PMC), yang menampilka­n pakaian eksklusif juga terhad yang meraikan sejarah penubuhan KFC di Malaysia. Mula dijual di laman sesawang Pestle & Mortar Clothing dan di butik Major Drop, Sunway Pyramid, koleksi eksklusif KFC X PMC ini menampilka­n 11 rekaan streetwear yang diolah daripada konsep 11 herba dan rempah rahsia Colonel Sanders. Mengambil gaya seni Malaysia dan bahasa tempatan yang unik, PMC mengolah penceritaa­n asal-usul KFC Malaysia pada setiap rekaan pakaian dengan sentuhan gaya streetwear kontempora­ri. Koleksi ini merangkumi helaian seperti kemeja T bercorak gra k, kemeja bowling’ bercetakan penuh, jaket bomber’ bersama gra k, serta aksesori seperti topi bucket’ reversible dan beg tote. Pelancaran koleksi 11 Finger Lickin’ Good Goods ini turut mengukuhka­n komitmen KFC Malaysia pada menyumbang secara positif kepada masyarakat Malaysia. Jumlah jualan daripada kempen ini akan disalurkan kepada Add Hope Malaysia, sebuah inisiatif tanggungja­wab sosial korporat (CSR) KFC yang bermatlama­t bagi membantera­s kebuluran. Koleksi ini boleh didapati di Major Drop, Sunway Pyramid dan di atas talian di pestlemort­arclothing.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.