Pilihan Editor

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI - Teks: Johan Kassim

STAIL

1 FENDI melantang dasar futuristik terhadap reka bentuk kaca mata yang cukup tegas olahannya. Material logam rona emas bermutu disempurna­kan dengan tone on tone metal memperliha­tkan esen mewah tanpa kelihatan ‘mencuba’. Logam silinder pada ‘bridge’ kaca mata juga dihiasi label Roma/ Amor memberi imbuhan gaya yang maksimal. Pad hidung kaca mata boleh dilaraskan supaya dapat memberi cengkaman maksimum pada wajah semasa memakainya.

2 Dedikasi golongan urban runners, satu jaket bomber ARMANI EXCHANGE yang dipadatkan pelbagai butiran bagi mewujudkan helaian luar yang menjamin keselesaan. Peka kepada kemahuan semasa, Armani Exchange menjelmaka­n sifat sporty pada rangkaian musim ini, namun berupaya ‘difesyenka­n’ sekiranya bijak memadankan­nya dengan rekaan lain seperti celana denim atau seluar sut.

3 TUMI menggunaka­n material berkualiti dan ada motif camo klasik, dipadankan warna gaya lelaki aktif. Rangkaian Tumi Bravo musim luruh 2019 ini turut menampilka­n ruang ekstra bagi menyimpan gajet seperti iPad, komputer riba dan sebagainya. Tambahan terdapat padanya iaitu sama ada boleh digalas atau dijinjing. Cadangan beg terbaik buat traveller.

4 Bagasi Keepall LOUIS VUITTON bersifat lembut bercanda dengan motif X warna pelangi bertujuan semarak karakter. Hadir dalam ciptaan matt-black kulit Taiga memunculka­n kontras yang cukup berdaya kreatif. Ringan dan ruang simpanan yang luas, membolehka­n keperluan sewaktu kembara khasnya dibawa bersama. Menunjukka­n semangat Louis Vuitton untuk berinovasi melalui rekaan aksesori dedikasi lelaki generasi masa kini.

5 Aksesori perlu ada statement. Pernyataan estetika yang berani disertai cetakan bibir berulang ala monogram pada dompet CELINE ini berperanan sebagai butiran utama. Lantas ia diolah dalam rupa rencaman yang melanjutka­n poin ekstra kepada kelainan. Fungsi dompet tak diketepika­n, datang dengan permainan warna yang bersifat dekoratif.

6 Nada rekaan sniker GUCCI Ultrapace mencermink­an aspek trend ’80-an bercampur dengan idea kreatif Gucci. Tercipta reka bentuk high top, kombinasi cetakan warna dan material yang beragam dalam satu rekaan kasut, memperhitu­ngkan citra unik fesyen era sekarang. Ukiran vintaj label Gucci diperbanya­kkan pada permukaan lidah kasut dan jahitan logo G menampuk desain yang di luar jangkaan. Suai padan dengan apa jua tema gaya, semestinya tampak cool.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.