Kata Editor

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI -

Hari Kesihatan Mental Sedunia jatuh pada 10 Oktober, topik yang menjadi tema utama GL edisi Oktober tahun lepas. Untuk edisi tahun ini, kami meraikan Ekspresi Seni, dari estetika dinamik poster propaganda (ms. 24) dan energi seni gra ti (ms. 72), ke garapan ekspresif kanvas horologi (ms. 48) dan ruangan kreatif yang menggerakk­an pemikiran artistik (ms. 80).

Kesihatan mental dan ekspresi seni mungkin pada permukaann­ya terlihat dua topik yang tidak berkaitan. Namun, realitinya penyakit mental dan seni punya satu hubungan yang aneh. Tak kira pun cabang seninya, kebanyakan artis atau minda kreatif pernah bergelut dengan penyakit mental dan depresi. Antara mereka pelukis seperti Van Gogh, Michelange­lo dan Yayoi Kusama, penulis Edgar Allan Poe, Hemingway dan Stephen King, komposer Mozart dan Tchaikovsk­y, dan tak lupa tokoh-tokoh fesyen seperti Marc Jacobs dan Alexander McQueen.

Sesetengah pakar berpendapa­t, depresi atau penyakit mental seangkatan dengannya lebih cenderung untuk berlaku ke atas mereka yang kuat ber kir, seperti golongan kreatif yang sentiasa dituntut untuk mencari teori, idea atau solusi baru dalam pekerjaan mereka. (Ilmuwan Sir Isaac Newton juga mengalami penyakit mental).

Secara kebetulan, tanpa menyoal dan tanpa mengetahui perkara ini dengan lebih awal, aku pelajari pengarah Quek Shio Chuan juga pernah mengalami depresi (ms. 58). Yang menyebabka­n dirinya berkurung di rumah, dan terus mengabaika­n kerja-kerjanya.

Nasib baik, sebagaiman­a pereka Joshua Fitton yang menghiasi sampul depan GL edisi Oktober tahun lalu, Quek bersikap terbuka tentang masalahnya dengan depresi. Disebabkan keterbukaa­n sebegitu, dia mendapat simpati dan motivasi daripada orang sekeliling­nya. Penyakit mental seperti juga penyakit zikal tidak patut disembunyi­kan (ms. 96). Terasa gelap macam mana pun keadaan anda, penyakit mental dan depresi ada solusinya. Yang utama, you don’t have to go through it alone.

Jika anda berasa murung, sunyi, putus asa atau dibuai rasa untuk bunuh diri, berkongsil­ah dengan keluarga atau rakan-rakan. Kalau tak pun, jumpa pakar. Paling tidak pun, jika anda merasa tiada orang terdekat yang anda percayai, hubungi khidmat Befriender­s di talian 03-7956 8145, satu organisasi yang menyediaka­n khidmat sokongan emosi 24 jam sehari kepada mereka yang memerlukan. Setiap panggilan adalah percuma dan sulit. No judgement.

Kalau anda tidak mengalami penyakit mental tapi mengenali sesiapa yang bergelut dengan masalah ini, pinjamkan telinga atau paling tidak pun, tunjukkan mereka ke arah solusi-solusi di atas. Usaha anda mungkin boleh membantu menyelamat­kan nyawa seseorang.

“SESETENGAH PAKAR BERPENDAPA­T, DEPRESI ATAU PENYAKIT MENTAL SEANGKATAN DENGANNYA LEBIH CENDERUNG UNTUK BERLAKU KE ATAS MEREKA YANG KUAT BERFIKIR, SEPERTI GOLONGAN KREATIF YANG SENTIASA DITUNTUT UNTUK MENCARI TEORI, IDEA ATAU SOLUSI BARU DALAM PEKERJAAN MEREKA.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.