QUEK SHIO CHUAN

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI - Teks ABDUL AZIZ DRAIM Penyelaras & Penata Gaya JOHAN KASSIM Penata Jam Tangan ZUHAIRIE SAHROM Arahan Seni MAHIRAH NADZLIM & AFIQ BAKIRI Gambar CHEE WEI Grooming & Rambut FENDI SANI

Dari lem pendek ke siri iklan Raya yang ikonik, dan seterusnya ke pentas Festival Filem Malaysia dan undangan Net i , bakat muda ini telah bangkit menjadi salah seorang pengarah generasi baru yang cukup berpengaru­h, yang wajar dikenali dan dihargai.

Pasti ramai yang tertanya: “Siapa Quek Shio Chuan ni? Anda mungkin tidak mengenali wajah ataupun namanya, tapi yang pasti anda pernah melihat hasil buah tangannya. Terutamany­a tiba musim perayaan. Dari iklan-iklan menjelang Hari Merdeka, Hari Raya dan Deepavali untuk Petronas (2012-2015), ke iklan-iklan Hari Raya untuk Astro (Gaya Raya Paling Ori, 2018), dan iklan-iklan Raya untuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) bermula daripada Dugaan Raya Aida (2017), kemudian Rumah Epik Fantastik (2018) dan tahun ini, Konvoi Epik Fantastik, pengarah muda ini amat bijak mengolah adegan-adegan yang membuai perasaan juga mencuit hati menjadi satu karya sinematik yang meraikan kepelbagai­an budaya dan realiti kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia. Harus disebut juga, tugasan komersial pertama Quek sebagai seorang pengarah ialah untuk video muzik Sparkle, nyanyian Yuna. Di mana buat pertama kalinya Quek dianugerah­kan tro ideo Muzik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-19 (2012).

Bakat besar? Sudah pasti. Pendek kata, Quek Shio Chuan adalah salah seorang pengarah komersial yang diburu-buru kini.

Dan segalanya bermula dari Guang, lem pendek arahan Quek yang telah berjaya memenangi pertanding­an BMW Shorties 2011, satu inisiatif sosial yang memberi landasan kepada pembikin-pembikin lem amatur untuk berkarya dan berkongsi idea-idea kreatif mereka. Biarpun hanya berdurasi 14 minit, Guang berjaya menambat hati penonton dengan satu penceritaa­n yang kaya dan penuh emosi.

Ceritanya begini: Wen Guang adalah seorang lelaki muda yang mempunyai kesukaran mencari kerja kerana terlalu obses dengan misinya untuk mengumpul ajnas jenis gelas minuman. Misinya itu kian mengganggu kiran Guang, menjadikan­nya mudah hilang fokus. Hal ini berpunca daripada diri Guang yang autisitik.

Guang duduk serumah dengan adiknya di Kuala Lumpur, dan akibat kekangan hidup di kota, adiknya telah mengaturka­n satu temuduga untuk membantu Guang mendapatka­n kerja. Namun, Guang gagal menghadiri temuduga itu kerana sekali lagi perhatiann­ya beralih ke misinya. Kembalinya ke rumah, Guang pun dimarahi adiknya, yang merasa kecewa dan hampa kerana terpaksa membiayai hidup mereka dua beradik tanpa sebarang bantuan daripada abangnya yang ‘terencat’. Sungguhpun dilemparka­n kata-kata kesat daripada darah dagingnya sendiri, Guang seolah-olah tak mengambil peduli reaksi adiknya. Kerana hari itu, misi Guang sudah pun terlaksana. Akhirnya, dia mampu untuk…

Well, takkan nak ‘spoil’ klimaks cerita ni, bagi mereka yang belum menontonny­a. Tapi begitulah sinopsis longgar lem pendek Guang. ( ika anda belum menonton lem pendek Guang, sila layari YouTube sekarang. Kandungan seterusnya akan mendedahka­n pengakhira­n lem pendek ini, so read at your own risk!)

CERITA DI SEBALIK CERITA

Magis lem pendek Guang terletak pada mesej emosionaln­ya yang ikhlas. Perwatakan Guang, lakonan Kyo Chen ChongWei, yang pelik dan luar biasa dilihat sebagai menjengkel­kan (seperti kala dia merampas sebiji gelas milik seorang pengemis) tapi pada masa yang sama mengundang kasihan (kala dia dirujuk sebagai ‘terencat’ oleh rakan adiknya). Namun, kita juga memahami dan merasakan frustrasi adiknya (lakonan Quek sendiri) yang membuak-buak pabila adegan penuh amarah meletus di minit yang kesembilan. Kemudian di penghujung karya ini pula, kita tersentuh sekali gus bersimpati – malah juga meraikan – dua beradik ini pabila Guang melepaskan bakat yang terpendam dalam dirinya dengan cukup dramatik, sehingga terpancar kegembiraa­n yang amat di wajahnya yang pasti mengundang air mata para penonton.

“Idea untuk Guang adalah terinspira­si daripada abang saya, Shio Gai,” Quek membuka bicara. “Sungguhpun dia lebih tua daripada saya, dia tamat universiti lebih lewat daripada saya kerana dia autistik. Kekuatan dia lebih kepada angka, matematik, dan subjek sains. Tapi dia sering gagal dalam kursus-kursus seperti Tamadun Islam dan Pengajian Am. Jadi dia terpaksa menunda graduasiny­a beberapa kali.”

Ketika itu Quek dan abangnya duduk serumah di Kuala Lumpur. “Pada masa itu, saya tiada pendapatan dan masih kurang pasti ke mana masa depan saya. Tambahan lagi, perlu menjaga abang saya pula,” sambung Quek. “Satu hari, saya memasuki bilik dia, di mana dia telah membeli mata-mata piano yang sudah rosak, yang tidak menghasilk­an bunyi. Tapi saya melihat dia menyusunka­n mata-mata piano itu di atas lantai seperti satu papan nada, lalu memainkan papan nada yang dia bina itu dengan penuh tenaga dan jiwa, sungguhpun tiada apa-apa muzik dihasilkan. Jadi saya pun menegurnya dan bertanya, ‘Apa maksudnya bermain papan nada yang tidak menghasilk­an bunyi?’ Maka dia pun menjawab, ‘Sebab kau tak boleh dengar, tapi aku boleh.’ Sejak itulah saya

“BMW Shorties memberi saya keyakinan bahawa mengarah adalah sesuatu yang saya boleh buat dengan baik dalam realiti.”

menyedari yang abang saya memiliki perfect pitch. Dan dari situlah terdetikny­a idea untuk cerita Guang.”

Mengikut kajian, dalam setiap 10,000 penduduk, hanya satu hingga lima orang dilahirkan dengan perfect pitch. Perfect pitch merujuk kemampuan seseorang untuk mengenali nada dari setiap bunyi yang ada, tanpa memerlukan sebarang rujukan. Sebagaiman­a yang digambarka­n oleh watak Guang dalam hasratnya mencari gelas yang boleh menghasilk­an nada B6 untuk menyempurn­akan simfoni yang mahu dimainkann­ya.

“Saya mahu membuat lem pendek ini kerana saya mahu menjadi seorang mengarah. Dan untuk menjadi seorang pengarah, terutamany­a dalam industri pengiklana­n, saya memerlukan showreel sebagai contoh hasil kerja saya untuk ditunjukka­n kepada bakal klien,” terang Quek. Bernaung di bawah syarikat Reservoir Production sejak Januari 2010, Quek Shio Chuan asalnya bukanlah berpangkat pengarah. “Ketika itu, saya baru bergelar penyunting dan penolong pengarah pertama, belum lagi pengarah utama. Tapi dalam tugas saya, kadang-kala saya berpeluang bekerja dengan tiga pengarah berbeza dalam satu bulan. Jadi di situ saya banyak belajar daripada mereka.”

Bila tiba masanya, Quek berkongsi impiannya bersama majikan-majikannya dan mereka langsung mempercaya­i bakat yang ada pada dirinya. “Mereka amat supportive dalam cita-cita saya. Dan salah seorang pengasas syarikat, Ismail Kamarul, bukan saja memainkan peranan sebagai produser Guang. Dia juga amat terlibat dalam proses kreatif lem itu. Malah, momen ‘eureka’ di klimaks cerita Guang lahir dari sesi diskusi kami di balkoni rumah Ismail. Jadi saya berasa amat bertuah bernaung di bawah Reservoir.”

Ekoran pencapaian­nya di BMW Shorties Malaysia, lem pendek Guang juga dibawa merantau dunia untuk ditayangka­n di festivalfe­stival lem antarabang­sa, termasuk di Amerika Syarikat, Bulgaria, Lebanon, Malta, Ukraine dan Itali. Pengembara­an mereka terbukti berjaya kerana pintu rezeki Quek dan Reservoir Production­s semakin terbuka luas hasil daripada karya kecil ini. Khususnya setelah Guang turut memenangi anugerah Filem Terbaik dan Pilihan Audiens di Filem Festival Who Likes Short Shorts Ke-4 (AS), dan Quek Shio Chuan berjaya menjadi orang Asia pertama untuk pulang dengan tro dari Festival Filem Alto icentino (Santorso, Itali) apabila Guang dinobatkan Filem Pendek Terbaik festival berprestij itu.

Namun titik permulaan kejayaan Guang bermula di BMW Shorties. Pabila ditanya apakah perasaan Quek setelah diumumkan pemenang utama pertanding­an tersebut, anak muda yang baru menyambut tahun lahirnya yang ke33 tahun ini terdiam seketika. “Wah…,” dia bereaksi. “BMW Shorties ni pelik sikit. Bagi sesiapa yang memegang hasrat untuk mejadi seorang pengarah lem, atau mahu climb the ranks of production dalam industri ini, tiada buku panduan atau peta untuk menunjukka­n cara terbaik untuk sampai ke tahap itu. Kalau dibandingk­an dengan dunia korporat, misalnya, di mana sesuatu sasaran untuk mencapai suatu kenaikan pangkat itu mungkin lebih jelas.”

“Jadi dari segi mahu menjadi seorang direktor lem, saya kir BMW Shorties memberi saya keyakinan bahawa inilah sesuatu yang saya boleh buat dengan baik. Ia membuat saya kon den bahawa saya boleh melaksanak­an kerja ini dalam realiti, sebagai sumber pendapatan utama saya. Sebagai satu pekerjaan. Kerana sebelum itu, memandangk­an saya membuat beberapa cabang kerja yang berbeza, keyakinan untuk mengarah itu belum timbul. Saya boleh anggapkan kemenangan BMW Shorties itu sebagai salah satu momen paling bahagia dalam hidup saya. Untuk melihat usaha kami sebagai satu pasukan, menghasilk­an lem ini dengan bajet yang cukup rendah... to a certain extend, lem itu jauh menjangkau ekspektasi saya sendiri.”

Mungkin antara ekspektasi yang tidak diramal oleh Quek sendiri ialah efek Guang terhadap hubungan dengan keluargany­a.

“Sebaik saja saya turun pentas setelah memenangi BMW Shorties, ibu saya terus memeluki saya dengan erat,” Quek mengimbas semula momen bahagia itu. “Namun bagi ayah saya pula... kami sentiasa punya kon ik dalam hubungan kami. Sejak bangku sekolah lagi, saya berada dalam fasa pemberonta­k saya, manakala ayah mahukan saya menuruti hala tuju konvension­al yang masyarakat susunkan untuk kita. Setiap ayah mahu anaknya berjaya dan cemerlang tapi masa muda dulu saya lebih menghabisk­an masa di kafe siber lah, melepak lah. Jadi, kami jarang berkomunik­asi sejak saya tingkatan empat lagi. Boleh disimpulka­n, pabila saya berhijrah ke Kuala Lumpur, saya juga sebenarnya melarikan diri dari ketegangan antara saya dengan ayah saya.”

But something unexpected happened ekoran BMW Shorties. “Sejak Guang, ayah lebih bersifat terbuka dengan saya. Bila saya pulang ke Batu Pahat setelah sekian lama tak balik kampung, saya terlihat keratan akhbar berkaitan kemenangan BMW Shorties di mejanya. Dan dari situ saya terus sedar bahawa perhubunga­n antara saya dan ayah saya akan menjadi lebih positif dari situ. Dan memang itulah hakikatnya sekarang. Bertambah baik,” Quek tersenyum lebar.

CERITA DI SEBALIK KERJAYA

Hadir ke studio penggambar­an dalam topi, t-shirt dan seluar jean serba hitam, Quek Shio Chuan adalah seorang yang amat ramah dan

begitu mudah mengukir senyuman. Berasal dari Batu Pahat, Johor, Quek Shio Chuan merupakan anak kedua daripada tiga beradik. Selain abangnya, Quek juga mempunyai seorang adik perempuan, Shio Yee yang kini membina karier sebagai seorang penyanyi di Taiwan.

Sebagaiman­a kebanyakan budak kampung yang bercita-cita tinggi, pada usia muda, Quek tidak sabar untuk keluar dari Batu Pahat dan terus ke Kuala Lumpur untuk membina masa depannya. “Di bangku sekolah, saya mengalami kesukaran untuk lulus ujian Tingkatan Lima,” Quek bercerita. “Kerana norma sosial menyatakan sekiranya mahu berjaya, wajiblah memasuki aliran Sains. And I couldn’t cope kerana itu bukanlah aliran yang saya minati.”

Walaupun berjaya memasuki Tingkatan Enam Atas, Quek yakin dia akan gagal ujian Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM). Namun setelah mengetahui Universiti Tunku Abdul Rahman menawarkan kemasukan bulan Julai pada tahun itu, Quek tertarik untuk menyertai Fakulti Seni & Sains Sosial institut tersebut. “Saya dapati fakulti itu menawarkan kursus-kursus seperti Perhubunga­n Awam, Pengiklana­n, Kewartawan­an, dan Penyiaran,” ujar Quek. “Saya langsung memilih jurusan Penyiaran kerana saya yakin kursus itu akan memerlukan kemahiran menghafal buku teks yang minimum, haha! Yakni, lebih praktikal daripada teori. Kebetulan juga ketika itu saya menyimpan hasrat untuk mungkin menjadi DJ kelab, jadi pilihan itu terasa cukup ideal untuk saya.”

Kala mengikuti kursus Penyiaran, Quek mengaku tidak terlintas pun di kirannya untuk menumpukan perhatian pada mengarah. “Lazimnya, tugasan universiti memerlukan seorang ketua kumpulan, dan ketua kumpulan pula kebiasaann­ya adalah individu yang paling banyak idea,” jelas Quek. “Dan saya antara yang banyak mengutarak­an idea, dan berjaya memenangi beberapa pitch. Dari situ saya dilantik sebagai ketua kumpulan dan justeru itu, pengarah projek lem. Jadi, dari situlah saya membuat tugasan video pertama saya. Dan saat itulah saya jatuh cinta dengan the art of

Apakah yang menarik minatnya terhadap “Ia satu cabang ekspresi. Cara untuk saya ekspresi diri saya, berkongsi cerita saya,” Quek menjawab. “Masa itu saya bukanlah orang yang kuat bersosial – properly. Tapi per leman merapatkan jurang antara saya dengan orang luar. Tiba-tiba saya berupaya untuk berfungsi di dalam suatu kumpulan, dengan menerbit lem, mengarah, dan boleh mengemukak­an idea atau cerita kepada orang lain. Dan orang pun memahami dan menghargai usaha saya. Maka per leman itu terbukti menjadi satu cara berekspres­i yang cukup padan dengan diri saya.”

Sewaktu di universiti lagi, Quek sudah mula menggondol beberapa anugerah hasil daripada video muzik, lem pendek dan karya dokumentar­i yang dia hasilkan untuk tugasantug­asan kursusnya. Impian untuk satu hari nanti bergelar pengarah yang berjaya setelah keluar universiti pun mula berputik. “Pun begitu, dalam industri hiburan dan produksi, tiada jalan pintas untuk mencapai suatu impian itu. Jadi saya mula dari bawah. Dari bekerja sebagai pembantu produksi, lalu bekerja sebagai penyelaras pengangkut­an, runner, jadi pemandu untuk bakat-bakat produksi, bertugas dalam jabatan kostum dan seni produksi... saya menggalas banyak peranan lain sebelum berjaya menjadi seorang pengarah.”

Dan pada Quek, apakah peranan seorang pengarah? ”Seorang pengarah berfungsi sebagai the creative pilot,” jawabnya. “Dialah yang menetapkan hala tuju kreatif suatu karya. Tapi seorang pengarah tidak boleh terlalu degil dengan visinya. Bagi saya, it’s all about . Yakni bekerja dengan pasukan kamu, memahami bakat-bakat kru yang ada di depan kamu untuk sama-sama mencapai hasil kerja terbaik. Itu cara sayalah.”

EPISOD YANG GELAP

Maka kita pun kembali kepada kejayaan Guang. Yang bermula sebagai debut rasmi Quek bergelar pengarah, kini telah pun berkembang menjadi debutnya sebagai pengarah lem setelah Reservoir Production memilih untuk mengadapta­sikan Guang sebagai satu lem cetera pula.

“Prosesnya lebih sukar dari yang saya jangkakan! Haha,” kata Quek sambil tergelak. “Filem pendek Guang – skrip, syuting, suntingan – semuanya selesai dalam masa satu bulan. Untuk versi lem cetera pula mengambil masa 4 tahun! Bukan senang untuk menterjema­hkan karya 14 minit kepada lem 90 minit. Dah lah saya ni pengarah komersil yang biasa dengan kandungan 4-5 minit. Tambahan lagi, kesilapan saya, saya memegang terlalu banyak tanggungja­wab – sayalah penulis, pengarah, dan penyunting lem itu. Bila di kirkan balik, saya sepatutnya serahkan tugas suntingan kepada orang lain.”

Akibatnya, proses penyunting­an lem cetera Guang menjadikan diri Quek celaru, lanjar menggugat kesihatan mental sehingga ke tahap depresi. “Ia buat saya ‘gila’ sekejap, haha,” Quek berseloroh di sebalik kebenaran. “Saya mengalami kesukaran untuk menyunting karya itu dengan sempurna, dan hari-hari merenung adegan-adegan yang sama saja cukup memberi kesan terhadap saya. Saya melalui satu tempoh kemurungan seketika.” Lantaran depresi itu, Quek mengabaika­n lem Guang dan kerja-kerja komersialn­ya, mendapati dirinya sekadar duduk di rumah dari hari ke hari tanpa motivasi.

Mujurlah, rakan-rakan sekerjanya sedar akan

“Kesilapan saya, saya memegang terlalu banyak tanggungja­wab

keadaannya dan menghulurk­an bantuan. “Bila menyedari saya mengalami depresi daripada Guang, kru saya mencadangk­an saya untuk chill out dan mencuba karya-karya yang lebih ringan dan lucu untuk mengalih perhatian saya seketika waktu. Dari situlah saya mula menerokai projek-projek seperti iklan Dugaan Raya Aida dan yang seumpamany­a. Nyatanya, saya cukup seronok mengarah projek-projek itu, dan ia sebenarnya berjaya membantu saya untuk selesaikan Guang. Kerana saya mula melihat karya itu dari perspektif yang berbeza. Tapi ya, lem cetera Guang adalah projek paling sukar pernah saya buat setakat ini.”

Seniman mana tidak pernah merasa tertekan mahupun merana akibat karyanya sendiri? Akan tetapi, dari episod gelap itu, lem Guang hadir dengan ‘cahaya’nya sendiri: di Festival Filem Malaysia ke-30 awal tahun ini, Guang telah dianugerah­kan tro Pengarah Baru Terbaik untuk Quek Shio Chuan, dan juga tro Pelakon Lelaki Baru Terbaik untuk Kyo Chen, yang menghidupk­an semula watak Guang untuk versi lem cetera ini.

Namun, for better or worse, perjalanan Quek dengan Guang mungkin tidak terhenti di situ. “Saya belum boleh mengesahka­n secara rasmi, tapi kini ada minat dari negara luar untuk mengadapta­sikan Guang menggunaka­n pelakon dan lokasi luar. Jadi perjalanan Guang saya mungkin belum berakhir lagi, haha.”

Menyentuh projek-projek lain pula, Quek Shio Chuan sudah pun selesai mengarah tiga episod untuk siri baru yang bakal ditayangka­n di Net i pada tahun depan, yang berjudul The Ghost Bride. Yakni satu siri fantasi seram yang mengambil tempat di Melaka pada zaman 1900an. “Reservoir Production juga berminat untuk menghasilk­an lem komedi Melayu,” kongsi Quek. “Jujurnya, saya amat seronok pabila membikin iklan-iklan berunsur komedi kami. Setiap projek itu merangsang otak saya dalam cara berlainan. Jadi jika saya boleh sampaikan formula iklan-iklan Raya yang saya buat kepada satu lem lengkap, itu mungkin akan menghasilk­an sesuatu yang istimewa.”

Alang-alang menyebut iklan-iklan Raya arahannya, agaknya yang mana satu favouriten­ya? “Wah,” sahut Quek. “I love them all!

Tapi kalau dipaksa, saya akan pilih Rumah Epik Fantastik. Selepas kejayaan Dugaan Raya Aida, ramai yang tertanya-tanya, ‘Apa yang Quek akan buat seterusnya?’ Haha. Dan saya sendiri tak pasti ketika itu. Jujurnya, ‘Aida’ itu satu eksperimen, satu taruhan. Saya sedar ia berpotensi untuk ‘boom’ atau tenggelam dengan kritikan. Tapi ‘Rumah’ adalah satu projek yang membenarka­n saya memanfaatk­an kesemua skil yang sudah saya pelajari setakat ini. Termasuk penceritaa­n yang beremosi, sentuhan komedi, camera work, dialog… setiap aspek itu saya garapkan lebih sedikit. Dan saya amat bangga dengan hasilnya.”

Tak kira pun jenis karya yang lahir daripada kreativiti Quek, yang jelas dia cenderung untuk memenuhi kanvas sinematikn­ya dengan babak-babak yang mewakili kehidupan rakyat Malaysia dengan jujur. Dari senario rumah pangsa kos rendah Guang ke pejabat korporat Aida, dari evolusi bisnes Tau Fu Fah pasangan dalam iklan Tahun Baru Cina Petronas (2013) ke gelagat romantis pasangan warga tua untuk iklan Raya Lazada (2018)... adakah apresiasi Quek terhadap aspek Malaysiana, baik yang tradisiona­l atau yang moden, suatu sentuhan yang sengaja atau kebetulan saja?

“Saya rasa ia satu keputusan yang sengaja,” jelas Quek. “Kerana bila saya berpindah ke Kuala Lumpur, di awal-awalnya saya amat merindui kampung saya. Tapi setiap kali saya balik kampung, saya sedar ia semakin moden – masa tetap berjalan biarpun saya tak ada di situ. Jadi Batu Pahat sekarang bukanlah Batu Pahat yang saya alami sewaktu muda dulu.”

“Mengambil Guang sebagai contoh, dari lem pendek ke lem cetera, jika kamu melihat lem itu kini, ada beberapa lokasi dalam karya itu yang sudah tidak wujud sekarang. Pokok besar tempat adik-beradik itu berjumpa, sudah tiada lagi. Kedai mi itu pula sudah hancur terbakar.”

Maka Quek melihat salah satu peranan suatu lem ialah ia berpotensi menangkap secebis sejarah hidup kita sehingga bila-bila. Biarpun peninggala­n zikal sejarah itu sudah lama tiada. “Jadi, pembikinan lem itu punya satu aspek pemulihara­an sejarah kita. Ia memberi kita peluang untuk merakam apa yang kita suka ke dalam suatu lem. Ibarat satu arkib. Dan saya cuba untuk terapkan amalan itu dalam karyakarya saya.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.