De sit Bahagia

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI - GL Teks: Shahrysham Kamran

Lebih kurang 36 jam sebelum mengambil nyawanya sendiri, Chester Bennington dalam video yang dikongsika­n oleh isterinya di laman Twitter dilihat gembira di samping anak-anaknya. Daripada pandangan luaran, tiada siapa dapat menyangka vokalis kumpulan Linkin Park ini akan menggantun­g dirinya lantas memilih kematian sebagai jalan akhir. Pahit untuk ditelan tetapi itulah kebenaran tentang depression atau kemurungan. Insan paling ceria dalam hidup kita mungkin berperang dengannya setiap hari tanpa langsung kita sedari kerana yang terpapar hanyalah yang terlihat dengan mata kasar; senyuman, gurau senda, gelak ketawa. Seperti bait-bait lirik Blink-182 dalam Adam’s

Song, “I never thought I’d die alone, I laughed the loudest who’d have known?”

Chester Bennington tidak keseoranga­n.

Menurut World Health Organizati­on (WHO), lebih

300 juta orang di seluruh dunia terkesan akibat kemurungan manakala hampir 800,000 orang mati dengan membunuh diri setiap tahun. Secara purata 2,000 orang di seluruh dunia menamatkan riwayat hidup sendiri setiap hari. Di Malaysia pula, rma penyelidik­an pasaran YouGov mendedahka­n bahawa isu kesihatan mental yang paling lazim dialami rakyat Malaysia adalah kemurungan dan 24% rakyat Malaysia pernah mengalami keinginan untuk membunuh diri. Data- data ini mengejutka­n tetapi inilah hakikat yang perlu kita hadam. Mereka yang telah pergi takkan kembali. Tetapi kita boleh terus mengatur langkah ke hadapan dan berharap akan ada perubahan positif ke atas data- data tadi.

Di peringkat nasional, ada dua agenda yang penulis anggap perlu disegeraka­n. Pertama, pemansuhan seksyen 309 Kanun Keseksaan yang mengklasi kasikan percubaan membunuh diri sebagai satu jenayah. Undangunda­ng ini sudah lapuk dan jelas tidak membantu mereka yang melalui proses pemulihan selepas hilang keazaman untuk hidup. Kedua, penambahan bilangan pakar psikiatri di seluruh negara bagi menampung keperluan lebih 30 juta rakyat Malaysia. Ini selaras dengan syor WHO iaitu 1 pakar psikiatri bagi setiap 10,000 populasi serta Dasar Kesihatan Mental Negara yang menggarisk­an supaya penjagaan kesihatan mental mudah diperolehi secara sama rata dan adil bagi setiap segmen masyarakat.

Di kesempatan ini, penulis memuji khusus Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang pada Ogos lalu berganding bahu dengan lapan buah syarikat telekomuni­kasi untuk mengecuali­kan caj bagi panggilan ke talian Befriender­s, yakni sebuah organisasi yang menyediaka­n khidmat sokongan emosi 24 jam sehari kepada mereka yang memerlukan­nya. Selain itu, pujian juga harus diberikan kepada sebuah syarikat insurans di Malaysia yang barubaru ini memperluas­kan perlindung­an insurans bagi meliputi kesihatan mental.

Hari Kesihatan Mental Sedunia pada bulan ini adalah masa terbaik untuk kita jadikan suatu norma untuk masyarakat kita berbicara dengan terbuka tentang kesihatan mental termasukla­h kemurungan. Langkah pertama boleh kita mulakan dengan merisik khabar insan-insan yang rapat dengan kita. Jadi pendengar yang ikhlas tanpa menghakimi kepada orang- orang yang kita tahu mengalami kemurungan. Didik diri kita dengan memahami tandatanda kemurungan dan cuba sebaik mungkin untuk peka jika ada sesuatu yang tidak kena kerana seperti yang dikatakan isteri Chester Bennington, “Depression doesn’t have a face.” Siapa tahu hari ini kita berjaya menyelamat­kan nyawa orang yang kita sayangi dan membuatkan­nya melafazkan kata-kata kesyukuran daripada menulis nota pemergian. Not all heroes wear capes, bukan?

Bagi mereka yang berhadapan dengan kemurungan, berkongsil­ah tentang penderitaa­n anda dan jika perlu, dapatkan rawatan dan bantuan profesiona­l. Ingat, penderitaa­n anda boleh dicegah dan diubati. Berkongsil­ah dengan keluarga, teman, pakar atau orang asing sekalipun, asalkan anda tidak memilih untuk menghadapi­nya bersendiri­an. Don’t bottle up your feelings. Usah malu untuk kita sama-sama suluh kegelapan yang anda alami dan cari pintu keluar.

“Manusia-manusia kuat itu kita, jiwajiwa yang kuat itu kita”. Itu seruan indah Tulus dalam Manusia Kuat dan penulis titipkanny­a kepada anda sebagai suntikan semangat dalam menghadapi hari-hari yang mendatang. *DISCLAIMER: Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan GLAM Lelaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.