Semarak Muzik Lokal

MEMPERDENG­ARKAN EMPAT BUAH LAGU MELAYU DAN 11 BUAH LAGU BERBAHASA INGGERIS. KEDUA BINTANG RAP TERKEMUKA TANAH AIR INI HADIR DENGAN ALBUM KOLABORASI BERJUDUL DETAIL TERUS MEMPERKASA POSISI YANG SUKSES

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI - Teks: Zuhairie Sahrom Gambar: GOOD VIBES FESTIVAL GL

Bernaung di bawah label muzik Sony-Kartel, Alif kedua bintang rap juga merupakan penulis, komposer serta penerbit ini sudah memperdeng­arkan single perdananya hujung tahun lalu dengan lagu berbahasa Inggeris, berjudul Obvious.

Energi keseluruha­n album ini melambangk­an kebolehan serta kehebatan masing-masing dalam mengolah karya Hip-hop yang hebat dan malar segar sehingga ke hari ini. Pengembara­an muzik Detail disempurna­kan dengan kepelbagai­an elemen dari Pop, Hiphop, R&B serta Soul. Kesuksesan Obvious diikuti dengan single kedua Bahasa Melayu yang penuh bertenaga yakni Pun Boleh. Kemudian, hadir pula single ketiga Look Around. Berpeluang menemu bual Alif dan SonaOne sejurus usai persembaha­n perdana secara duo di pentas Festival Good Vibes edisi 2019, keduanya menarik nafas lega kerana berjaya membawa aura bintang Rap global sepanjang persembaha­n.

Gambarkan album kolaborasi ini dalam lima patah perkataan? SonaOne:

Unusual, unexpected, out of the box. Boom, sudah lima perkataan. Mungkin lebih! Haha.

Bagaimana pula cara kalian bekerjasam­a untuk pertama kali sebagai duo? SonaOne:

Saya dan Alif adalah teman rapat dan sudah bersahabat sejak usia 16 atau 17 tahun. Kami berdua sering bertemu muka di studio. Namun, tidak punya peluang untuk bekerjasam­a dan melahirkan karya bersama. Saya kira dalam tiga tahun yang lalu, kami mula duduk bersama di studio kala itu sedang dalam pembikinan projek bersama Joe Flizzow. Alif berkongsi muzik garapannya dan saya mula mengolah demo. Lalu menghantar­nya kepadanya. Kemudian dia membalas versi yang lengkap dengan vokalnya. Lagu itu berjudul Like This, ada disenaraik­an dalam album Detail. Itulah permulaan kolaborasi ini dan kami tidak merancang apa-apa secara terperinci seperti album kolaborasi yang sukses seperti Watch the Throne, garapan Jay-Z dan Kanye West.

Alif:

Ya, itulah titik permulaan. Dari merangka, menyusun, menulis dan merakam, Detail adalah usaha gabungan antara saya dan SonaOne. Di mana, kami memberikan kebebasan kreatif 100% untuk keseluruha­n projek ini dari mula. Juga dibarisi artis lain juga dalam album ini. Magisnya tentang projek ini adalah kerana kesatuan idea bersama, 50/50 yang mencetuska­n kredibilit­i album kolaborasi ini.

Apakah perasaan kalian selepas persembaha­n di pentas festival Good Vibes? SonaOne:

Sudah tentunya berbeza, untuk persembaha­n anugerah tidaklah sebegitu meriah seperti di festival muzik. Saya membuat persembaha­n pertama di festival muzik Good Vibes tahun 2013. Kemudian, menghadiri setiap edisi saban tahun sebagai pengunjung untuk menikmati dan menyokong muzik lokal. Tetapi tahun ini, nyata berbeza sekali. Bukan saja dihujani lebih ramai orang, ia juga dibarisi lebih ramai bakat tempatan. Bagi saya, ia cukup mempesonak­an untuk melihat para pendengar muzik lokal hari ini menerima baik muzik tempatan. The support is Begitu juga, peranan penganjur yang bijak merancang festival ini tahun demi tahun. Mereka tahu bagaimana untuk mengolah barisan persembaha­n yang baik untuk diperdenga­rkan buat semua. Saya pasti semua yang hadir senang hati malam ini.

Alif:

Bagi saya ini adalah julung kali saya membuat persembaha­n untuk Good Vibes and it’s the craziest edition ever. Saya difahamkan ini adalah edisi yang paling sukses kerana ia dibanjiri sekitar 18 ribu pengunjung. T Semua yang hadir berkongsi satu idea dengan menggemari muzik lalu menyokongn­ya. Ia begitu indah kerana saya percaya senario muzik tempatan kini didengari lebih menyeluruh di dalam dan di luar negara.

SONAONE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.