Dedikasi Sempurna Gaya Hidup Cergas

BERSEMPENA PEMBUKAAN GERBANG RUANG PAMERAN MERANGKAP LAWATAN PERDANANYA DI MALAYSIA. PENGASAS JUGA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF TECHNOGYM, NERIO ALESSANDRI BERKESEMPA­TAN GL DALAM BERKONGSI KONSEP KESIHATAN PERSENDIRI­AN BERSAMA GL.

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI - Teks: Zuhairie Sahrom Gambar: TECHNOGYM

Technogym adalah peneraju solusi lapangan kecergasan serta kesihatan dengan anggaran 50 juta individu menggunaka­n produknya setiap hari di 80,000 pusat kesihatan dan lebih 300,000 rumah di seluruh dunia. Berdiri teguh di kemuncak jenama yang dinamik ini, Nerio Alessandri adalah insan yang bertanggun­gjawab di dalam merancang, merangka serta membina beberapa peralatan pertama di garajnya sendiri. Pada awal 90-an, Nerio adalah individu pertama mende nisikan konsep kecergasan. Di mana, ia merangkumi gaya hidup yang bertujuan untuk meningkatk­an kualiti hidupan berjalin aktiviti zikal, diet pemakanan yang sihat serta kesejahter­aan mental yang positif. Konsep asal Itali ini didukung rapi serta ketulenan konsepnya diselimuti kata-kata purba Romawi, “mens sana in corpore sano” membawa erti “minda yang sihat dalam tubuh yang sihat”.

Jelaskan pasaran sasaran anda?

Technogym punya empat fokus utama yakni kecergasan dari segi gaya kehidupan yang terarah kepada hiburan atau santai. Kemudian, memberi tumpuan untuk membingkis prestasi orang sukan atau atlet, pemulihan serta pencegahan kesihatan. Yang terakhir adalah peralatan yang digarap seperti hasil seni yang melengkapi ruang persendiri­an. Secara amnya, kita semua punya kehidupan yang berlainan. Begitu juga dengan kelas yang berlainan dan Technogym punya kelengkapa­n kecergasan untuk setiap segmen di pasaran.

Apakah barisan-barisan peralatan ini berbeza?

Personal Line, merupakan himpunan produk latihan yang dibuat hasil kerjasama arkitek terkemuka dunia, Antonio Citterio, yang menggabung­kan reka bentuk bersama teknologi serta dibuat dari material canggih. Ia melengkapi segenap ruang rumah seperti hasil seni. Manakala Artis pula, adalah peralatan Technogym teratas yang terdiri daripada 35 produk untuk kardio, kekuatan dan kefungsian praktikal. Skill Line digarap khusus untuk orang sukan dan atletatlet dunia. Didedikasi­kan untuk semua yang ingin mencabar batasan bagi meningkatk­an prestasi mereka. Terakhir, Med Line tampil melengkapi produk Technogym berasaskan pemulihan yakni aplikasi tertentu dalam bisnes perubatan.

Bagaimanak­ah anda ingin memberitah­u orang tempatan mengenai produk anda?

Technogym punya komitmen yang sangat kuat mengenai tanggungja­wab sosial. Kerana kami percaya dengan kehidupan, individu serta projek aktif. Ruang pameran terbaru seluas lebih daripada 300 meter persegi ini bukan hanya memfokuska­n peralatan kecergasan. Malah menganjurk­an seminar pendidikan yang didedikasi­kan untuk semua operator industri mengenai aplikasi kesihatan yang berbeza. Dari Ekosistem Kesihatan berteknolo­gi digital, kepada penyelesai­an latihan serta produk terbaru yang menjadi pilihan pasukan sukan dan atlet di seluruh dunia. Malah, Technogym sudah menjadi rujukan kesihatan dan kecergasan di Malaysia menerusi gim gaya butik Babel, gim FAM Persatuan Bola Sepak Malaysia dan himpunan hotel bertaraf antarabang­sa seperti Hotel Equatorial, Hard Rock Desaru, The Westin Desaru , Genting Grand, The Ritz- Carlton, JW Marriott, Mandarin Oriental dan lain-lain. Pembukaan ruang pameran baru di Kuala Lumpur membuktika­n komitmen yang kuat terhadap pasaran Malaysia.

ANTARA TREADMILL DARI BARISAN PERSONAL LINE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.