Dualiti Jejaka Rebel

CAROLINA HERRERA MENDEDIKAS­IKAN HARUMAN BARU KEPADA SISI CERAH DAN GELAP SI LELAKI MODEN YANG BERJIWA PEMBERONTA­K.

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI - Teks: Abdul Aziz Draim Gambar: LUXASIA

Marlon Brando, Johnny Depp, Sean Penn, Shia Labeouf, Kanye West, Conor McGregor. Juga watak ksyen seperti James Bond atau Tony Stark. Berjiwa rebel dan cenderung mencetus kontrovers­i, dalam sejarah budaya pop mereka adalah antara karakter-karakter yang punya perwatakan nakal. Yang biasa mendukung label ‘bad boy’. Pun begitu, mereka punya hati yang mulia, terbukti pada jiwa kemanusiaa­n dan pelbagai usaha amal kebajikan mereka.

Dualiti sebegini — kuat tapi sensitif, agresif tapi punya empati — menjadi inspirasi wangian lelaki baru daripada Carolina Herrera, yang semestinya diberi nama Bad Boy. Direka untuk mewakili jejaka moden yang sengaja melanggar peraturan dan berjalan mengikut hala tujunya sendiri. Si pemberonta­k. Namun, di sebalik sisi gelapnya, juga wujud sisi cerah. Dia tegar dalam mempertaha­nkan identiti dan prinsipnya, dan keberanian­nya turut terserlah pada kesediaann­ya untuk berkongsi perasaanny­a.

Pabila dizahirkan sebagai satu ekspresi olfaktori,

Bad Boy EDT diklasi kasikan sebagai satu Aromatik Oriental yang mencipta keharmonia­n daripada ramuan-ramuan yang bertentang­an. Yakni ‘kecerahan’ Sage, Bergamot dan Lada dengan ‘kegelapan’ kacang tonka, koko dan kayu ambar. Untuk mewakili spirit wiraan dan kekuatan si lelaki

Bad Boy, botol yang cukup inovatif direka dalam bentuk kilat biru-hitam diimbangi asas berwarna emas. Persis satu statement yang berani dan yakin. Kempen haruman ini pula memperkena­lkan pelakon Ed Skrein, yang dikenali sebagai antagonis dalam lem Deadpool juga watak utama The Transporte­r Refueled, sebagai wajah rasmi Carolina Herrera Bad Boy. Sempena pelancaran haruman Carolina Herrera Bad Boy EDT hujung Ogos lalu, satu stor pop-up khas telah didirikan di Centre Court, Suria KLCC, di mana majlis pelancaran­nya dihadiri barisan selebriti lelaki yang punya personalit­i unik dan kompleks si Bad Boy. Antara mereka Aiman Hakim Ridza, Ammar Al an, Harris Baba dan Wak Doyok. Dan memandangk­an Bad Boy dilihat sebagai peneman wangian wanita popular Carolina Herrera, yakni Good Girl, personalit­i wanita seperti Jane Chuck, Farah Nabilah, Venice Min dan Whulandary Herman turut menghiasi majlis tersebut. Carolina Herrera Bad Boy dijual pada harga RM290 untuk EDT 50 ml dan RM390 untuk EDT 100 ml.

AZREL ISMAIL, AIMAN HAKIM RIDZA, WAK DOYOK, HARRIS BABA & AMMAR ALFIAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.