Restorasi Kulit Total

TREND RAWATAN RAPI SERING MENJULANG RAMUAN EKSOTIK SEBAGAI SOLUSI BARU UNTUK DILEMA KULIT ANDA. MUSIM INI, RAMUAN ITU IALAH SPERMA IKAN SALMON. ADA BERANI?

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI - Teks: Arie Sampornak

Secara lumrah setiap daripada kita pasti mengingink­an penampilan terbaik, bukan hanya melalui pemilihan pakaian atau gaya rambut terkini. Urusan kesempurna wajah juga selalu diutamakan. Di SIS Aesthetic Plaza Wangsa Maju tersedia layanan khusus iaitu Salmon Sperm DNA Glass Skin.

PILIHAN UTAMA

Menurut Dr. Aizul Ha zi Ismail yang baru-baru ini telah menerima dua anugerah dalam kategori Star in Aesthetic Doctor juga Star in Aesthetic Services daripada Asean Star Award di Indonesia, rawatan menggunaka­n teknologi Salmon Sperm ini adalah untuk mengembali­kan keremajaan kulit, terutama bagi mereka yang mempunyai masalah penuaan awal. Kerana ia membantu untuk menegangka­n kembali tekstur kulit, mengecilka­n lubang pori, memudarkan kesan parut dan mencerahka­n rona kulit. Demi mencapai hasil yang terbaik, tindakan meremajaka­n kulit wajah perlu dibuat lebih awal.

MEMILIKI BANYAK MANFAAT

Rawatan Salmon Sperm DNA Glass Skin merupakan rawatan peremajaan kulit dengan menggunaka­n teknologi terbaru yang berasal dari Korea. Di mana dalam kajian apabila Salmon Sperm ini dimasukan ke dalam kulit ia menunjukka­n reaksi anti yang dapat merawat keradangan kulit. Ia juga berkonsep yakni rawatan tanpa luka.

Rawatan ini dilakukan oleh doktor ke seluruh kawasan wajah dan leher yang mengalami tanda-tanda penuaan dan ianya tidak mengambil waktu yang lama. Hanya sekitar 30 minit dan anda boleh menjalanka­n aktiviti anda seperti biasa selepas selesai menjalani rawatan.

Buat para pria yang mungkin malu atau kurang selesa ingin berbincang tentang masalah kulit anda dengan doktor wanita, Dr. Aizul dari medi-spa SIS Aesthetic dapat membantu anda merawat juga memberi nasihat bagi masalah kulit yang dihadapi. Anda boleh kunjungi klinik beliau bertempat di Plaza Wangsa Maju, Seksyen 10 atau boleh hubungi talian 03- 41419913 untuk bertanya sebarang soalan juga promosi yang ditawarkan.

DR. AIZUL HAFIZI ISMAIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.