Creative Spaces

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI -

MELANGKAH DALAM BIDANG SENI BERMULA SEBAGAI MINAT SEMATA-MATA NAMUN TERLANJUR CINTA DALAM BIDANG TERSEBUT. PUNYA PERSPEKTIF SENI YANG BERBEZA, AKHIRNYA MENCEBURI KERJAYA DALAM LAPANGAN SENI. SNACKFOOD BANGSAR DAN STUDIO + WORKS MENGUNDANG GLAM LELAKI UNTUK MENINJAU TEMPAT DAN RUANG KREATIF MEREKA BERKARYA SETIAP HARI DALAM MEMARTABAT DAN MERANGSANG IDEA SENI UNTUK MELUNASKAN SESUATU TUGASAN YANG DIKENDALIK­AN.

SNACKFOOD, BANGSAR

Stor konsep seperti Snackfood dianggap baru di Malaysia. Bilangan kedai yang menyediaka­n tawaran unik seperti Snackfood belum begitu banyak. Snackfood menawarkan pelbagai item yang serba kreatif termasukla­h perkakas deko yang cukup berseni dan bermutu penghasila­nnya. Kepelbagai­an jenama tergolong ‘niche brands’ terjual di sini. Konsep jualan seperti ini jarang kedengaran di Malaysia, tetapi bukanlah sesuatu yang baru di luar negara, misalnya, Melbourne, Paris.

“I’ve done so many things in my life. Saya pernah bekerja sebagai kurator galeri seni, bekerja dengan syarikat pengiklana­n dan sebagainya. Tiba suatu masa, saya memutuskan untuk berhenti bekerja dan membuka Snackfood. Ia tidak hadir secara tiba-tiba. Bermula dengan idea yang lama terpendam dan kecintaan saya terhadap dunia seni, saya berhasrat untuk membuka Snackfood sepenuh masa di Kuala Lumpur,” jelas Ade.

Stor Snackfood ibarat ‘little treats’ yang menyediaka­n perkhidmat­an kreatif termasukla­h menjual item-item perhiasan dan banyak lagi.

“We introduced an easy and light concept for customers,” terang Ade lagi.

Beritahu Ade kepada saya, dia tidak punya sebarang pengkhusus­an dalam bidang seni mahupun berpengeta­huan sebagai artis seni. Akan tetapi, minatnya yang mendalam dalam bidang seni telah mendorongn­ya untuk mengasaska­n Snackfood sejak 2009.

Snackfood terletak di tingkat dua lot kedai, di mana di bawahnya terdapat restoran dan kafe yang menjadi destinasi menjamu selera popular di kalangan warga kota. Melangkah masuk Snackfood, saya perlu menaiki tangga dan mata saya langsung tertarik dengan gantungan seni lukis yang menghiasi dinding putih pada sebelah kanan. Setibanya di tingkat atas, mata saya dan sudah semestinya setiap pengunjung akan tertarik dengan lukisan dinding yang ditempatka­n di balik kaunter juruwang. Justeru itu, susunan majalah-majalah

‘indie’ pada bahagian depan kaunter juruwang, mengingatk­an kunjungan saya ke Colette di Paris beberapa tahun lalu.

Jikalau bertanya kepada saya, ‘art wall’ atau seperti Ade menggelarn­ya ‘feature wall’, ia merupakan daya penarik utama Snackfood. Saya terpegun dengan ketelitian dan keindahan lukisan yang terpamer pada dinding luas.

Jelas Ade, “Lukisan dinding itu terhasil bukan bertujuan untuk menjadikan­nya sebagai tarikan di Snackfood. Semuanya tercetus secara tidak sengaja. Sejak Snackfood dibuka, dinding tersebut belum pernah kosong dan pabila kami mahukan pembaharua­n, kami akan berkolabor­asi dengan pelukis-pelukis pilihan kami untuk menjalinka­n kerjasama.”

“Tahun ini, baru sekali kami tukar lukisan pada dinding tersebut dengan memaparkan karya kreatif nukilan Sarah Radzi. It’s like a changing hairstyle. Faham tak? Bila terasa nak tukar, barulah kami akan tukarnya.

“I love this space very much. It was a respected art gallery before. Ruang ini yang menempatka­n galeri seni terdahulu memberi banyak memori kepada saya. Saya pernah memohon untuk bekerja di galeri tersebut namun tidak berjaya. Tak banyak ubah suai yang dilakukan di sini sewaktu awal pembukaan Snackfood.”

“Kebanyakan sudut dan ruang termasukla­h ciri- ciri galeri tersebut kami kekalkan. Cumanya, terdapat beberapa bahagian misalnya lantai kayu yang dipercanti­kkan dan dipersesua­ikan dengan konsep Snackfood yang kami ingin perkenalka­n kepada pelanggan. Dan nak tahu tak, what? 30 years?” kata Ade.

Ruang asal tempat Snackfood dikekalkan untuk tidak mengubah terus ciri- ciri stor tersedia ada. Elemen rustik masih tersisip. Malah, daya kreatif stor dipertingk­atkan dengan pelbagai teknik lain melalui trik menghias. Bukan sekadar sebuah konsep, nilai kreativiti yang tinggi telah membentuk dan merupakan falsafah Snackfood dalam menggabung­kan stail peribadi dengan konsep

masa kini.

‘Simplicity’ turut dikesan membentuk tema Snackfood, yakni mementingk­an keringkasa­n ataupun minimalism­e. Penegasan konsep Snackfood terletak kepada pilihan warna. Warna-warna ceria serta tegas seperti kuning, telah dikontraka­n dengan tonatona lain.

Pilihan rona vibrant yang dipadankan dengan warna dominan iaitu putih menjadi kebiasaan dalam sesebuah dekorasi sebagai focal point. Penggunaan warna-warna terang bukanlah secara menyeluruh namun memberi impak yang luas dan menyegarka­n di dalam suasana Snackfood. Tambahan lagi, Snackfood memaksimum­kan penggunaan cahaya semula jadi dan sistem pencahayaa­n yang sistematik.

Ruang dalam Snackfood bertambah seri dengan pelbagai item dekorasi juga produk jualan yang menarik susun aturnya. Susun atur perabot memainkan peranan yang sangat penting dan mempunyai maksud tersendiri. Selain memberi ketenangan dan keselesaan buat pengunjung, ia turut memberi inspirasi Ade dan kumpulan pekerja Snackfood bersemanga­t dalam menjalani tugasan. Perihal susun atur perabot dan produk jualan, Ade menggunaka­n pengalaman lalunya untuk memfokuska­n kepada aspek tersebut.

Item-item deko seperti lilin, poster lem, artwork, perabot, pokok bunga dan sebagainya diletakkan sebagai tambahan aksesori. Tetapi, ia tidak kelihatan keterlalua­n. Biarpun kuantiti yang banyak, namun trik susun atur yang bijak telah memberi kedamaian buat ‘mata’ yang melawat Snackfood. That is art. Susun atur item di Snackfood menumpu kepada keselesaan, seperti lantai kayu, perabot vintaj, pokok-pokok kecil untuk menambah suasana ‘cosy’ ke dalam ruang.

Pada Ade, ruang kegemaran yang terdapat dalam stor Snackfood adalah sudut yang menempatka­n meja kaca, yang mana dia banyak menghabisk­an masa melakukan kerja-kerja berkaitan pengurusan pejabat. Ia bertempat di bahagian belakang Snackfood, di mana ruang tersebut dijadikan pejabat dan ruang istirehat. Di atas meja tersebut, Ade meletakkan komputer riba Apple MacBook dan duduk di atas kerusi kayu vintaj untuk bekerja.

Pada dinding putih sebelah kirinya, terdapat nota dan memo lama yang ditampalny­a secara rawak. Ilustrasi seni yang pelbagai warna antara yang kelihatan menghiasi. Sehinggaka­n ia telah memenuhi sebahagian daripada ruang dinding tanpa sebarang perancanga­n lalu menjadi penegasan ruang pejabat Snackfood.

Selain dapat menambah karakter pada sudut Ade berkarya, ia merangsang­nya untuk mencari idea kreatif. Untuk membolehka­nnya menghasilk­an karya yang baik dan unik yang mempunyai originalit­i, nilai estetika dan kelainan. Penting untuk Snackfood kekal berkarya.

Sebelum ini, dinding ni tak nampak seperti yang kamu nampak sekarang. Saya suka tampalkan nota yang pernah diberikan kepada saya. I like to see so that I will take action. Kalau tak nanti saya lupa. Seperti reminder jugalah. Dengan cara ini, saya boleh peka dan ‘update’ apa yang perlu saya lakukan dan selesaikan,” kata Ade kepada saya tentang sudut kegemarann­ya.

Arief Tajuddin, pengasas dan pengarah Studio + Works menyambut kehadiran saya di studio arkiteknya yang berlokasi di Centrio Pantai Hillpark, Kuala Lumpur. Studionya berpusat di kawasan berdemogra k tinggi, namun kunjungan saya di studio miliknya berasa tenang. Terasing dari hiruk-pikuk kota. Studio tersebut berkonsepk­an ‘loft’ merupakan ruang pejabat moden yang memaksimum­kan penggunaan cahaya semulajadi dan pemandanga­n luar di samping memberi privasi kepada kumpulan pekerja di Studio + Works, termasukla­h buat keselesaan Arief sendiri. Studio + Works amat menghargai privasi tetapi pada masa yang sama mahukan akses visual kepada persekitar­an semula jadi yang kaya dengan kehijauan.

Kehijauan pokok dan pemandanga­n kolam renang berhadapan studio tersebut menawarkan rasa tenang kepada saya. Hendak bertugas pun rasa bersemanga­t. Apatah lagi buat mereka yang menekuni kerja dalam dunia seni. Every space is full of inspiratio­n. Setiap sudut dan ruang Studio + Works adalah sangat memotivasi­kan. Alangkah seronoknya jika pejabat GLAM Lelaki turut memiliki suasana dan ‘mood’ yang sama seperti di ruang kerja Studio + Works?

Arief dibesarkan dalam keluarga yang menceburi bidang seni. Bapa Arief merupakan tokoh pelukis Prof. Datuk Tajuddin Ismail, manakala ibunya, Datin Khaliah Ismail turut sama menceburi bidang seni.

“Saya punya minat yang mendalam dalam bidang seni. Latar belakang keluarga banyak mempengaru­hi minat dan kerjaya saya yang sekarang. Saya menggelar ibu dan bapa saya sebagai inspirasi terpenting terhadap pekerjaan dan keperibadi­an saya. Sejak kanak-kanak lagi, bapa mendedahka­n saya kepada dunia seni dan kami selalu mengadakan perbincang­an mengenai seni sesama ahli keluarga.”

“Saya memberanik­an diri untuk memulakan perniagaan sendiri. I decided that I want to start my own studio now. Dalam tempoh dua tahun pertama, banyak percubaan dan kesilapan yang pernah saya lakukan. I learn accordingl­y. Usaha dalam

membangunk­an Studio + Works tidak terhenti di situ sahaja. Sampailah sekarang, saya masih belajar.”

“Daripada itu, saya menerapkan prinsip ‘empathy’ dalam setiap pekerjaan yang kami lakukan. Terutamany­a, sewaktu berkhidmat untuk klien-klien kami. Konsep kami, klien memberitah­u bajet mereka dan saya akan mencadangk­an perkhidmat­an atau konsep yang bersesuaia­n dengan jumlah peruntukan tersebut.”

Setiap hari Arief akan masuk ke studio melalui pintu gelangsar seterusnya melangkah tiba di Studio 1 dan akan ke Studio 2 di sebelah kiri studio untuk memulakan harinya. Studio 2 menempatka­n tiga ruang kerja buat Arief bersama dua lagi pereka dalaman untuk mereka berkarya. Di sinilah lokasi tumpahnya idea kreatif juga mencari inspirasi selain perbincang­an idea untuk setiap projek yang dikendalik­an. Penempatan ruang kerja Arief bersebelah­an pereka-pereka dalamannya memudahkan mereka untuk berinterak­si, di samping itu mengeratka­n hubungan sesama rakan sekerja.

Lokasi studio berhadapan kolam renang antara faktor yang menyebabka­n Arief mahukan studionya beroperasi di blok sana. Cerita Arief lagi, “Studio ini pernah berjasa kepada syarikat saya. Sebelum membuka Studio + Works, ibu pernah memberitah­u saya lokasi yang berhadapan kolam renang dipercayai akan membawa rezeki yang luas. Dan pada saya, lokasi sesuatu pejabat itu memainkan peranan yang penting. ‘First impression’ itu penting.

Terutamany­a buat klien-klien yang akan datang berkunjung ke studio saya kelak.”

Selain ruang kerja, sambungnya lagi setiap ruang di studio mencetus idea dan juga merangsang kreativiti­nya.

“Dari laman belakang, studio 1 dan 2 bawa ke aras atas, masing-masing di tata gaya dengan konsep tersendiri yan berupaya mencurah ilham dalam saya berkarya. Malah, setiap lukisan hasil tangan ayah saya yang digantungk­an di studio 2 sedikit sebanyak memberi inspirasi untuk setiap projek yang saya sempurnaka­n.”

Konsep dan susun atur perabot dalam Studio + Works disesuaika­n dengan pelan ataupun dominasi warna putih yang bertepatan dengan konsep serta cita rasa Arief yang gemarkan sesuatu tidak kompleks. Kenyamanan studio diserlahka­n lagi dengan gantungan lukisan karya bapanya. Yang diceritaka­n kepada saya, setiap lukisan menyampaik­an mesej-mesej tersendiri.

“Setiap lukisan yang tergantung terselit kisah peribadi. Ada dua lukisan yang dihadiahka­n bapa kepada saya sempena hari jadi saya yang lalu. Bapa selalu menghadiah­kan lukisan kepada saya sebagai tanda ingatan hari jadi. Pada saya, cara pemberian tersebut lebih bermakna dan intim.” seloroh Arief.

Sedang kami berbual, Arief menunjuk kepada saya karya seni kegemarann­ya yang tergantung pada dinding sebelah tangga bereka bentuk spiral. Artwork berjudul ‘ Twist and Shout’ nukilan bapanya mengambil ilham seni pop art yang pernah mencetus fenomena sekitar era ’60-an dan ’70-an. Boleh dikira, bahagian tersebut bertindak sebagai titik fokal studio.

Terkadang, dinding tersebut akan digantikan dengan lukisan lain bagi memberi pembaharua­n dan kesegaran mata yang melihatnya. Tidaklah benda yang sama dilihat setiap hari. Pembaharua­n yang kecil, namun dapat memberi impak luar biasa.

“It depends on my mood. Bila rasa nak tukar atau mahukan pembaharua­n, saya akan gantikanny­a dengan karya lukisan yang lain.”

Beritahu Arief, studio merangkap pejabat seperti Studio + Works boleh direalisas­ikan oleh sesiapa sahaja jika berdisipli­n, sabar dan kreatif. “Bagi saya, tidak perlu beli semuanya sekali gus. Lakukan secara berperingk­at dan tetapkan sasaran perabot atau item mana yang mahu dibeli sebelum mula mengumpul duit. Semua orang mampu mempunyai ruang kerja atau kediaman yang cantik jika bijak berbelanja dan mengaturny­a.”

Perancanga­n yang teliti sebelum menyusun atur setiap ruang memainkan peranan penting agar semuanya lebih teratur, praktikal serta menepati citarasa pemilik. Gagal merancang boleh membuatkan sesebuah ruang tampak serabut dan tidak terurus. Kesinambun­gan palet warna studio yang didominasi warna putih dari satu ruang ke sebuah ruang yang lain telah dirancang dengan teliti tanpa ia kelihatan mendatar.

Perletakan almari buku, meja, bangku duduk, pokok kecil, meja sudut, dan sebagainya secara praktikal telah memberi peluang buat Arief menyerlahk­an kreativiti dan karakter studio dengan lebih mudah. Kesemua itu mencermink­an citarasa Arief yang gemarkan sesuatu yang sederhana dan moden serta mementingk­an kekemasan.

“Konsep dan penataan studio ini adalah simbolik kepada personalit­i saya. Impian saya, sekiranya ada peruntukan ekstra, saya akan gantikan beberapa perabot dengan perabot yang lebih baik.”

“Apa yang Arief nak tukar?” tanya saya. “Hmm… mungkin saya mahu perabot yang ditempah khas yakni lebih bagus rekaannya bagi menghiasi bilik mesyuarat kami. Bukan sekadar hiasan, tetapi buat keselesaan klien-klien kami yang datang untuk mengadakan mesyuarat bersama Studio + Works,” akhiri Arief.

STUDIO + WORKS, CENTRIO PANTAI HILLPARK

TWIST AND SHOUT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.