Abang & Adik

APABILA DUA BERADIK BEREBUT PERHATIAN…

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI - GL

Ada anak kedua ni, expectatio­n semua berubah. Walaupun kau dah cuba untuk anticipate apa yang akan berlaku dengan perancanga­n demi perancanga­n tetapi kita hanya mampu merancang. Bila budak tu dah depan mata, segala perancanga­n kita akan tergendala. Aku ingat yang paling aku takut lepas anak kedua lahir ni ialah penerimaan abang dia. Usahalah juga aku dan isteri nak mendidik abang dia yang dia bakal mendapat adik. Tak boleh nak bayangkan penerimaan dia. Kadang-kadang dia excited, kadang-kadang dia buat tak tahu je bila kita duk sebut- sebut pasal adik tapi menentang atau marah-marah tu, tak ada lah. Cuma dia buat muka stone je.

Takut juga si abang tak boleh terima kena berkongsi kasih. Tambah-tambah lagi, dia tak putus-putus susu lagi. Bayangkan, dia menyusu badan hinggalah malam adik dia nak lahir.

Masa adik lahir, dia pula kena tinggal duduk dengan Atuk & Wan selama tiga hari. Nasib baik sepupu- sepupu semua balik kampung juga, so masa dia occupied- lah. Datang melawat pun dia tak clingy, malam-malam nak tidur pun dia tak datang mencari.

Masa melawat tu pun dia tak peduli sangat dengan Umi, Abi dan adik dia. Sibuk nak main je. Ada la dia kiss kami seorang sekali, selebihnya dia sibuk main je, haha.

Sepanjang berpantang, abang rapat dengan aku. Yalah, Umi dia tak boleh nak layan, kena fokus kat adik dan kudrat dia pun tak mengizinka­n. Seakan faham, si abang memang menghabisk­an masa dengan orang lain tanpa mengganggu Umi dia. Walaupun dia susah nak tidur. Susu badan pun dia tak minta.

Sudah boleh nampak sayangnya dia pada adik dia. Nak peluk cium adik, nak tidur sama adik, kadangkada­ng kita pula risau tengok dia gomol adik dia. Adik pula sejenis badan tembam semangat, sedangkan yang tua-tua pun geram tengok, inikan pula abang dia yang tak reti apa tu. Adik pun redha je abang buat apa dekat dia. Tak menangis langsung, layan je.

Mula-mula semuanya indah, adik pun tak reti lagi nak faham perasan dalam diri. Sekarang, dah lain cerita. Lepas enam bulan, adik dah pandai nak cemburu. Dia dah mula rasa yang Umi dia adalah hak milik dia seorang, dia tak mahu kongsi.

Abang pula dah mula rindu bermanja dengan Uminya. Dengan Abi boring sikit sebab Abi ni tak ada lah nak layan manjamanja sangat.

Jadi bila abang mula bermanja dengan Umi, adik pun gelisahlah, haha. Dalam dia sibuk main ‘sorang- sorang’, dia boleh gigih mengengsot pergi dekat Umi dia, nak meleset juga. Abang dalam sayang- sayang dia dekat adik tu, ditolak-tolak je adik dia, kadang tu, guna kaki je tolak.

Sekarang ni, time tidur, dua- dua nak Umi. Adik nak susu Umi, abang nak peluk Umi. Nasib baiklah abang masih boleh beralah, dia bagi adik dia susu dan tidur dulu, lepas tu baru turn dia bermanja.

Dalam kereta pun macam tu. Masing-masing tak nak duduk dalam car seat. Semua nak Umi. So, Umi kena pindah duduk belakang. Sorang kepit kanan, sorang kepit kiri. Dua- dua jenis nak perhatian.

Ada masa kelakar aku tengok perangai dia orang ni. Ada masa, annoying juga bila masing-masing tak nak beralah, masing-masing guna air mata dan tangisan yang berpanjang­an untuk menarik perhatian. Letih dengar jeritan dan tangisan dalam kereta yang tertutup sepanjang perjalanan. Ada potensi menaikkan darah kalau tidak pandai mengawal kesabaran dalam diri.

Adik sekarang ni nak buat apa yang abang dia buat. Dia memang rasa dia cukup besar dah nak buat semua benda. Abang pula dah mula rimas bila adik dia asyik mengikut. Mana dia main, adik dia datang nak main. Apa dia pegang, adik dia nak pegang.

Bila macam tu, keluarlah geram si abang tu tapi setakat ni adik dia tak ada lah nak kena hempuk dengan mainan ke apa. Cuma kena bebel je, haha. Sayang tu masih tebal lagi sementara adik tak pandai melawan lagi ni.

Tapi kontra dengan expectatio­n aku, keakraban diaorang setakat ni adalah lebih baik daripada apa yang aku bayangkan. Abang sentiasa akan cari adik dia kalau dia tak nampak adik tu. Adik pula, abang buatlah apa pun dekat dia, tak pernah dia nak nangis. Cuma ada la sekali dia menangis bila abang tersmack down adik dan kepala adik berdentum kena lantai. Oppsss… menangis-nangis abang minta maaf lepas tu.

Indah bila kenangkan perangai anak-anak ni. Hiruk-pikuk dia boleh menyakitka­n hati tapi dalam masa yang sama, ia memberikan kita satu ketenangan dan kenangan.

“ADA MASA KELAKAR AKU TENGOK PERANGAI DIA ORANG NI. ADA MASA, ANNOYING JUGA BILA MASINGMASI­NG TAK NAK BERALAH, MASING-MASING GUNA AIR MATA UNTUK MENARIK PERHATIAN.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.