INOVASI SERBA BARU

GLAM Lelaki - - INDEKS GAJET -

Samsung Malaysia Electronic­s telah melancarka­n telefon pintar Galaxy A50s dan A30s terkini, datang dalam rupa kontempora­ri baru dengan inovasi yang lebih baik. Dicipta untuk mereka yang ingin menangkap dan berkongsi pengalaman dengan serta-merta, Galaxy A50s dan Galaxy A30s menyampaik­an prestasi yang diperlukan dalam era siaran langsung. Dengan kamera yang serba boleh, paparan tahan lama, telefon pintar baru ini memiliki ciri- ciri yang telah dinaik taraf. Reka bentuk baru digarap termasuk corak geometri yang bahagian belakang peranti. Terdapat tiga warna baru, Prism Crush Black, Prism Crush White, dan Prism Crush Green. Kedua- dua telefon pintar ini sudah berada di pasaran dengan harga jualan RM899 untuk Galaxy A30s dan RM1,299 untuk Galaxy A50s.

baru ini melancarka­n telefon

taraf ini dilengkapi dengan bateri tahan lama untuk pengalaman multimedia

Sesetengah daripada kita mampu menyingkap suatu memori pabila dirangsang deria visual atau bunyi. Bagi Alessandro Michele, pengarah kreatif Gucci, dia lebih mudah menangkap suatu kenangan melalui deria bau. Maka begitulah inspirasi di sebalik haruman terkininya, Gucci Mémoire d’une Odeur, terjemahan­nya ‘Memori Suatu Bau’. Direka oleh master perfumer,

Alberto Morillas, wangian Gucci baru ini berada dalam famili Aromatik Mineral. Dengan semarak olfaktori nota kamomil Rom yang dibina daripada kelopak jasmin Indian Coral memberi kelembutan, seleksi kesturi memberi dimensi dan kehangatan kayu Sandalwood juga pesona ringan Cedarwood dibelai igauan vanila. Nota jasmin dalam wangian ini, yang dikumpul dari India, adalah satu nota eksklusif untuk Gucci sahaja, yang hadir pekat mewangi di waktu malam, kemudian lebih ringan dan segar di siang hari.

Desain botolnya pula dipetik daripada rekaan asal satu bekas haruman vintaj Gucci era awal ’90-an, dihiasi jalinan vertikal persis tiang-tiang purba. “Saya tidak mahu bentuk atau saiz botol yang terlampau feminin atau maskulin kerana haruman ini amat serasi untuk si wanita ataupun si lelaki,” ujar Michele. Gucci Mémoire d’une Odeur tampil sebagai simbol kebebasan berekspres­i, tidak mengira gender, usia, warna kulit dan latar belakang. Kempen iklannya dianggotai jiwa-jiwa seni termasuk duta jenama, Harry Styles, yang digambarka­n beriadah dengan keluarga dan rakan-rakannya dalam suasana penuh harmoni dan nostlagia, dalam kempen cetak yang digarap persis susunan foto dalam sebuah album. Gucci Mémoire d’une Odeur berharga RM320 untuk EDP 60 ml dan RM435 untuk EDP 100 ml.

Mungkin lebih popular di kalangan wanita, jenama Avon kini mahu memikat segmen konsumer lelaki pula dengan himpunan haruman khas untuk jejaka, bermula dengan Full Speed Eau de Toilette by Avon. Seperti yang digambarka­n melalui namanya dan rekaan botol yang licin dan aerodinami­k, haruman ini mengambil inspirasi dari dunia permotoran dan sukan ekstrem. Bagaikan satu usaha untuk memerangka­pkan energi si perwira adrenalin dalam satu botol wangian. Maka, Full Speed punya satu aroma yang penuh yakin dan bertenaga, menghasilk­an satu keterujaan terpercik daripada penangan nota sitrus dan kesegaran sipres, yang dirangsang­kan lagi oleh nota Sandalwood yang kaya. Full Speed Eau de Toilette 75 ml boleh didapati pada harga RM69 (untuk Semenanjun­g Malaysia) dan RM79.35 (untuk Sabah & Sarawak) daripada pengedar atau butik Avon, atau di atas talian shop.avon.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.