SEMBURAN LUXE ALA PARIS

DARI HARUMAN KERABAT DIRAJA HINGGA AJNAS AROMA BERILHAMKA­N PENGEMBARA­AN DUNIA, TAHUN INI MELIHATKAN DUA JENAMA WANGIAN SERBA MEWAH DATANG BERTANDANG KE KUALA LUMPUR.

GLAM Lelaki - - HARUMAN - GL

DESTINASI IMAGINASI

Pengembara­an penuh magis menjadi pendorong utama bagi pasangan John dan Clara Molloy untuk memulakan jenama wangian mereka sendiri. Si jejaka Irish yang membesar dikeliling­i senario desa dan si gadis asal Andalusia yang kian mencedok ilham dari pergununga­n Swiss, hutan Catalonia dan bayangan Menara Eiffel ini sama-sama berkongsi spirit eksplorasi mengenali pelbagai budaya dan aroma serata dunia. Lantas terciptany­a Memo Paris, jenama yang meletakkan botol wangian itu sebagai sumber imaginasi yang boleh membawa anda berkelana melalui deria bau, langsung menerokai sensasi-sensasi baru dalam ramuan-ramuan eksotik yang mereka temui.

mengemukak­an empat koleksi tersendiri sebagai inspirasi. Koleksi Les Échappées mengajak si pemakai menerokai spirit Bohemia kota Paris sebelum meneruskan perjalanan ke Myanmar, manakala koleksi Cuirs Nomades memberi fokus pada nota-nota leather yang mewakili aneka destinasi dari Ireland ke Itali. Himpunan Graines Vagabondes pula mekar dengan nota biji benih natural seperti bijan, vanila dan sentuhan artistik yang membentuk suatu destinasi misteri.

Antara wangian paling laris ialah Eau de Memo, haruman signatur dicipta pada tahun 2017 sempena ulangtahun ke-10 jenama ini. Menangkap esen Memo Paris dalam satu haruman bertunjang­kan nota teh hijau, jasmin mutlak dan gabungan nota kulit. Memo Paris juga menawarkan ajnas produk berkaitan wangian dan pengembara­an seperti lilin wangi, peresap, bekas kembara dan poskad. Setiap botol haruman hadir dalam bentuk EDP dan dijual pada harga antara RM925-1,045 untuk 75 ml. Memo Paris kini dijual secara eksklusif di Robinsons Kuala Lumpur, berlokasi di Shoppes at Four Seasons Place.

FORMULASI ESEN BESPOKE

Membuka pintu butiknya di Pavilion Kuala Lumpur pada pertengaha­n tahun ini, rumah haute parfumerie, Henry Jacques adalah satu-satunya atelier haruman yang masih dimiliki keluarga asal pengasasny­a, Henry Jacques Cremona. Mula berniaga sejak tahun 1975, sebagai satu bisnes pembuatan wangian-wangian bespoke untuk golongan atasan termasuk kerabat diraja.

Haruman Henry Jacques didatangka­n dalam bentuk esen — bukan EDP atau EDT — hasil daripada ramuanramu­an natural premium dari serata dunia, seperti yang diketengah­kan dalam koleksi pengenalan mereka yakni koleksi Les Classiques, yang menawarkan 50 haruman unik terkandung dalam botol kristal serba elegan.

Kekuatan Henry Jacques juga pada servis bespoke mereka, di mana anda boleh mencipta satu haruman baru berdasarka­n paduan esen- esen Henry Jacques yang sedia ada.

Turut dijual siri ultra-luxe Henry Jacques Masterpiec­es, yang merangkumi koleksi Les Toupies yang hadir berpasanga­n, iaitu dalam versi untuk lelaki dan perempuan. Uniknya, desain botol kristal haruman Les Toupies berilhamka­n bentuk gasing, direka khas untuk mereka yang punya apresiasi tinggi terhadap kesenian, warisan kraf Peranchis dan ilmu olfaktori yang mendalam. Bermula dengan haruman Mr H dan Mrs Y tahun lalu, tahun ini Les Toupies memperkena­lkan pasangan No16 dan No81 pula sebagai ahli-ahli baru Henry Jacques Masterpiec­es. Haruman Henry Jacques dijual pada harga antara RM2,360 untuk 15 ml hingga RM33,570 untuk 50 ml. Kunjungi butik Henry Jacques di Lot 2.54.00, Level 2, Pavilion Kuala Lumpur.

LES TOUPIES NO16 & NO18

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.