HOSPITALIT­I HUJUNG MINGGU

TREND PERCUTIAN BERHAMPIRA­N RUMAH ANTARA AKTIVITI WARGA KOTA YANG SEMAKIN POPULAR. THE RUMA HOTEL & RESIDENCES MENAWARKAN SEGALA HOSPITALIT­I DAN KEPERLUAN DEMI MENJAMIN KEPUASAN SEPANJANG PENGINAPAN.

GLAM Lelaki - - GAYA HIDUP - GL

Senario ‘staycation’ yang semakin popular disaksikan sebagai perkembang­an positif dengan segmen hotel mewah menjadi pilihan. The Ruma Hotel & Residences tak terkecuali. Malah, dijadikan pilihan utama lokasi penginapan sejak ia dibuka pada 2018, sekali gus merancakka­n lagi industri perhotelan di Malaysia.

Terletak strategik di pusat bandar Kuala Lumpur, hanya selangkah dari destinasi ikonik dan kawasan tarikan pelancong, seperti Menara Berkembar Petronas, kompleks Pavilion Kuala Lumpur, Jalan Bukit Bintang, Suria KLCC, peratusan tetamu tempatan dan pelancong dilaporkan sangat menggalakk­an berkunjung ke The Ruma Hotel & Residence untuk dijadikan opsyen tempat menginap.

Fasiliti yang disediakan menawarkan penginapan dengan gaya seperti di rumah, bagi memberi keselesaan optimum kepada tetamu yang juga simbolik kepada jenama The Ruma. Tetamu ditawarkan pelbagai kemudahan rekreasi antaranya gimnasium beroperasi 24 jam, kolam premium, spa, ‘barbershop’ khusus lelaki, selain dapat menikmati variasi sarapan dalam suasana berbeza.

Jenama hotel ini memberi fokus kepada kreativiti seni yang tinggi melalui kewujudan bilik hotel yang direka berilhamka­n seni warisan Malaysia dengan sematan aspek kolonial. Terlihat jelas pada pemilihan perabot dan suasana bilik. Ia secara tak langsung membolehka­n penginap terutamany­a golongan pelancong asing untuk mempelajar­i dan menerokai seni dan budaya Malaysia yang kaya dengan keragaman.

Pelbagai jenis kamar tidur (deluxe room, grand room, corner studio) boleh dipilih mengikut kesesuaian dan cita rasa penginap. Penyediaan bilik tidur yang dilengkapi katil serta tilam selesa, ruang mandi yang luas, almari ala wadrobe peribadi, dan mini bar yang boleh dinikmati secara percuma.

ATAS MODERN MALAYSIAN EATERY

Rasa semula jadi makanan laut, seperti ikan dan banyak lagi, boleh dicuba menerusi menu makanan di restoran ATAS Modern Malaysian Eatery. Pastinya tidak jemu mencuba masakan biarpun menu penyediaan tampak ringkas yang dikarya oleh Cef Eksekutif, Tyson Gee. Menu tawaran ATAS berilhamka­n bahan kulinari tradisiona­l serta rempah ratus yang banyak digunakan warga Malaysia sejak berzaman lamanya, namun diolah dalam rupa dan selera kontempora­ri.

Bagi yang menyukainy­a, restoran ATAS pasti tempat ditujui kerana di situ disediakan makanan segar, enak dan memenuhi selera sesiapa sahaja. Minuman dan pemanis mulut yang unik tak harus dilupakan kala membuat pesanan makan. Ruang restoran yang luas juga mengutamak­an privasi, membenarka­n tetamu berkumpul menjamu selera bersama keluarga sama ada untuk merayakan ulang tahun, sambutan ulang tahun perkahwina­n mahupun majlis meraikan sahabat dari luar negara datang berkunjung.

Rangkaian kapsul TommyxLewi­s Musim Luruh 2019 dipersemba­hkan di Societa del Giardino selaras dengan perlangsun­gan Minggu Fesyen Milan yang lalu. Lokasi bersejarah tersebut menjadi saksi kepada pementasan koleksi terkini TommyxLewi­s, berakar kepada elemen kesukanan juga yang terkandung dalam membiaskan identiti dan cita rasa fesyen Lewis melalui fesyen. TommyxLewi­s Musim Luruh 2019 mula terjual di butik

EMIS KILLA

TANCREDI GALLO & ADRIANO OCCULTO

JOHANNES HUEBL

ANDREA FACCIO

JUAN BETANCOURT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.