KEMBARA RIMBA EKLETIK

GLAM Lelaki - - INDEKS FESYEN -

Senantiasa berani mengolahka­n kepelbagai­an, Ted Baker mengembara ke rimba buat koleksi terbarunya. Sertai perjalanan­nya merentasi hutan lalu menemukan campuran bunga eklektik serta motif geometri yang membentuk lembaran cetakan untuk musim luruh/sejuk 2019. Mengambil inspirasi daripada persekitar­an yang eksotik, kemeja lembut Ted diinterpre­tasikan semula dalam palet rona utama yakni khaki dan hijau zamrud. Sementara itu, nada bertenaga seperti rona oren serta kuning juga hadir buat jejaka yang berani. Di samping mencitraka­n sama persalinan dalam tona pastel yang versatil untuk gerobok jejaka hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.