KHASIAT AVOKADO

GLAM Lelaki - - INDEKS SEGAK RAPI -

Buah avokado menjadi ramuan asas masker terbaru daripada Kiehl’s. Bak rawatan terapi untuk kulit kering, Kiehl’s Avocado Nourishing Hydration Mask ini memberi penghidrat­an mendalam untuk menyegarka­n dan mencergask­an semula kulit wajah setelah hanya beberapa minit. Cuma cedokkan krim ini dengan tangan anda, kemudian rabakan di antara jemari anda untuk menghangat k kan nya sebelum disapukan ke seluruh muka untuk membentuk satu lapisan krim yang tebal (elakkan kawasan mata, of course). Biarkan selama 15 minit sebelum dibilaskan dengan air, dan keringkan wajah dengan tuala. Rahsia keberkesan­an masker ini terletak pada ekstrak avokado yang punya komponen lipid larut yang tinggi untuk memerangka­pkan kelembapan pada permukaan wajah sambil menggalakk­an proses penghidrat­an natural kulit. Minyak avokado pula punya kandungan nutrien omega yang menghidrat juga mengukuhka­n fungsi pertahanan kulit. Akhirnya, tambahan minyak kualiti kulit. Kiehl’s Avocado Nourishing Hydration Mask dijual pada harga RM77 (25g) dan RM190 (100g), di mana-mana pengedar dan butik Kiehl’s.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.