KEKAL WANGI KALA AKTIF

GLAM Lelaki - - INDEKS SEGAK RAPI -

Dalam urusan penjagaan rapi, sesetengah lelaki mahukan sesuatu yang tidak rumit. Yang bukan saja mudah untuk digunakan tapi juga efektif dalam menangani masalah. Keluaran baru Dashing Deo + Perfume Body Spray menepati kriteria itu kerana ia menggabung­kan kedua- dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam satu produk. Dengan formula 100 peratus deodoran yang anti-bau dan anti-bakteria, produk ini memberi perlindung­an 24 jam terhadap bau badan. Setiap botol menjanjika­n 880 semburan, bersamaan dengan penggunaan sehingga lima bulan. Hadir dalam 4 variasi haruman maskulin untuk lelaki aktif, merangkumi bau segar sitrus ke aroma klasik fougere, setiap botol semburan pam dipasarkan pada harga RM12.20 (120 ml). Cocok sebagai teman kala bersukan atau bersenam, mungkin? Dashing Deo + Perfume Body Spray boleh didapati di semua pasaraya utama seluruh negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.