PELENGKAP GAYA MUSIM LURUH

GLAM Lelaki - - INDEKS JAM -

Jam tangan klasik bernada susuk rekaan kontempora­ri ini tampil understate­d lagi harmoni. Jam tangan diolah dari material logam yang utuh lalu mempamerka­n perincian lembaran halus sunray pada laman dail. Jam tangan ternipis citra Swatch ini berdiamete­r 42 mm dan dibentangk­an di bawah koleksi Skin Irony. Hadir dalam enam model dari palet musim sejuk yang sleek, ia sesuai dipadankan sama ada dalam persalinan sut atau kasual berkasut sniker. Tidak kira menjadi teman ke pejabat atau berlibur menonton opera. Jam ini juga didatangi dalam dua kemasan yang berbeza yakni brushed atau polished lantas disempurna­kan sama ada bertali kulit atau getah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.