SANG LEGENDA REKA BENTUK

GLAM Lelaki - - INDEKS JAM -

Bagi memberi penghormat­an kepada legenda reka bentuk moden yang sebenar, Rado berbesar hati membentang­kan himpunan jam tangan yang digarap sepenuhnya daripada seramik berteknolo­gi tinggi di Malaysia. Koleksi True Thinline Les Couleurs Le Corbusier meraikan karya arkitek yang juga merupakan perintis besar seni bina Modenis dalam koleksi yang unik. Sebagai Master of Materials, Rado menyuntik kepakaran yang diperoleh selama lebih daripada 30 tahun mengolah material seramik berteknolo­gi tinggi lalu menghasilk­an jam tangan dalam sembilan rona Polychromy Architectu­ral yang ikonik. Bertenaga, lembut bak baldu, harmoni, berani, ekspresif, berkilau lagi tulen. Kesemua jam tangan True Thinline Les Couleurs Le Corbusier hadir dalam edisi terhad kepada 999 utas bagi setiap warna. Langsung, ia digarap kukuh, kalis calar, ringan dan selesa dipakai kurnia konstruksi seramik berteknolo­gi tinggi dengan hanya berukuran 39 mm serta ketebalan 5 mm.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.