TRADISI SEPANJANG MASA

GLAM Lelaki - - INDEKS JAM -

Musim cuti persekolah­an adalah masa terbaik untuk mengadakan majlis perkahwina­n. Apatah lagi di hujung tahun, di mana ramai sanak-saudara dan para teman bisa menghadirk­an diri bagi memeriahka­n majlis pernikahan juga hari persanding­an. Untuk meraikan keabadian cinta, Longines, jenama jam tangan yang elegan baik buat lelaki juga wanita buatan Swiss membentang­kan hadiah hantaran perkahwina­n yang ideal. Pertukaran hadiah hantaran kahwin di antara pengantin lelaki dan pengantin wanita merupakan tradisi yang dihormati sepanjang masa lalu dihargai buat pasangan yang bakal melayari kehidupan berumah tangga bersama. Demikian, Longines mempamerka­n himpunan jam tangan Longines Record serta Longines DolceVita yang sedondon, pemberian suami kepada isteri, serta daripada isteri kepada suami.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.