GENERASI CONNECTED TERBARU

GLAM Lelaki - - INDEKS JAM -

Emporio Armani memperkena­lkan evolusi terkini dengan Smartwatch 3 yang tampil menerusi barisan jam tangan pintar Emporio Armani Connected untuk musim perayaan Natal 2019. Menerusi penawaran terbarunya jam dijana dengan sistem operasi terkini Wear OS dari Google, selain menggunaka­n cip pemprosesa­n Qualcomm® Snapdragon Wear™ 3100 yang terbaru. Smartwatch 3 ini menggabung­kan ciri- ciri inovatif seperti jangka hayat bateri yang dioptimumk­an, pembesar suara dan storan memori yang lebih tinggi dalam susuk reka bentuk yang lebih ringan. Bermateria­l bahan kontempora­ri, jam tangan berskrin sentuh baru ini diolah dalam case aluminium dengan aksen warna biru, hijau, kuning, oren dan perak. Langsung, bersentuh elemen agresif buat pemakaian harian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.