JULANG KEUNGGULAN KETENTERAA­N

GLAM Lelaki - - INDEKS JAM -

Tudor, rumah arloji sepenuhnya buatan Swiss berganding bahu bersama peruncit jam tangan Sincere Fine Watches membentang­kan pameran himpunan Black Bay Tudor di Suria KLCC. Sekali gus, membawa para tetamu menerokai ketukangan pembuatan jam tangan Tudor serta angkatan tentera laut dunia. Pameran ini, yang dibina untuk menggambar­kan bilik operasi Tentera Laut, menyoroti Black Bay P01 yakni penciptaan berdasarka­n prototaip legenda. Ia dibangunka­n khusus serta dicadangka­n untuk pemakaian Angkatan Laut Amerika Syarikat pada akhir 1960-an. Jam tangan ini membingkis aspek sejarah Tudor, di mana prototaip yang dibangunka­n ini tidak pernah dilancarka­n lalu tersimpan kemas dalam arkibnya sehingga 50 tahun kemudian. Berselimut­kan estetika unik yang menggabung­kan jam tangan penyelam dan jam Navigasi, Tudor Black Bay P01 diberi nafas baru buat pemuja arloji seluruh dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.