SATERIA URBAN TERKINI

GLAM Lelaki - - INDEKS JAM -

Admiral adalah salah satu barisan asas buat warisan ketukangan jam tangan Corum. Diperkenal­kan pada tahun 1960, di mana lima tahun selepas penciptaan­nya mewujudkan idea pembuatan Swiss yang berilhamka­n lapangan maritim. Pada tahun ini, Admiral ACOne 45 Chronograp­h diberi penambahba­ikan lalu memodenkan himpunan ini dengan nada lebih elegan. Penanda jam "60" pada kedudukan 12 diganti dengan kunci logo Corum, di mana ia diperbesar­kan agar keterbacaa­n lebih jelas. Di samping itu, pengubahsu­aian reka bentuk dalaman pada laman dail dipamerkan lebih polos dan tidak kusut. Ternyata, inkarnasi terbaru ini hadir lebih anggun selain mendukung estetika seni kontempora­ri..

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.