INSTRUMEN SURVIVAL HERO MODEN

GLAM Lelaki - - INDEKS JAM -

Panerai meraikan pelancaran himpunan terbarunya Submersibl­e dengan menghubung­kan kehidupan semula jadi yang mencabar buat pandangan para tetamu. Pembuat jam tangan mewah Florentine menggalakk­an semangat ‘penjelajah’ dengan merahsiaka­n lokasi pelancaran sehingga pada saat-saat terakhir acara tersebut. Misteri lagi tersendiri, lokasi alam Panerai yang diolah khusus mengambil lokasi di Le Freeport, Singapura. Yakni satu lokasi yang punya estetika seni bina yang menawan. Dikawal oleh pengawal bersenjata dan dipantau oleh sensor, suhu dan kelembapan di sepanjang koridor dikekalkan dengan berjaga-jaga. Langsung, membawa tetamu ke arca yang menakjubka­n merangkumi pandangan 360 darjah di bawah laut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.