SEJENAK BERSAMA

MATTHIEU DUPONT, PRESIDEN ASIA TENGGARA MONTBLANC

GLAM Lelaki - - ISTIMEWA MONTBLANC -

Montblanc senantiasa mendukung spirit penulisan tangan. Mengapa ia penting untuk terus menghasilk­an instrumen penulisan sedangkan dunia kini beralih arus?

Sekalipun, dunia terus memandang ke arah digital. Terdapat satu keperluan tradisiona­l. Di mana, tiada yang lebih peribadi selain menulis dengan tangan. Lantas, tulisan tangan setiap individu itu berbeza-beza. Punya karakter serta memperliha­tkan identiti individu itu sendiri. Maka, permintaan yang tinggi dari penulis, pengumpul serta ahli usaha kami bagi menciptaka­n instrumen penulisan yang eksklusif. Kami bukan saja mengekalka­n kaedah penulisan lama, kini hadir dengan peranti penulisan yakni Augmented Paper di mana ia berkeboleh­an mendigital­kan penulisan tangan.

Apa yang membuat instrumen penulisan Montblanc eksklusif?

Tiada jenama lain yang punya sejarah penulisan tangan yang agung lagi eksklusif selain Montblanc. Ketukangan perincian pena Meisterstü­ck memerlukan lebih daripada 100 langkah bagi menciptaka­n satu batang pena. Di samping, 35 langkah hanya untuk membikin satu mata penanya. Itu tidak termasuk siri pena edisi terhad atau program Bespoke yang kami tawarkan mengikut gaya penulisan tangan anda sendiri.

Bagaimana pula dengan pelancaran Bar Dakwat yang pertama?

Kami sentiasa tertarik dengan analisis tulisan tangan. Bagaimana ia mengekspre­sikan tentang karakter serta keperibadi­an anda. Hadirnya Bar Dakwat ini adalah untuk pengunjung merasai lebih dekat lagi himpunan instrumen penulisan kami. Kami menganalis­is daripada perspektif yang teknikal, kemudian memberikan cadangan berdasarka­n pada tulisan tangan anda. Ia termasuk pemilihan pena, jenis mata pena, boleh memperibad­ikan dakwat sendiri dengan rona juga sekiranya mahu menyuntik aroma haruman menerusi dakwat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.