ALPHA GLAM LELAKI 2019 MEN

GLAM Lelaki - - NOVEMBER -

TAK KIRA DI PERMAIDANI MERAH, SKRIN TELEVISYEN, CORONG RADIO, LITAR LUMBA ATAU PENTAS PERAGAAN, NAMA-NAMA MEREKA TERSERGAM INDAH DI PAPAN ATAS. INILAH WAJAH-WAJAH A-LIS T GENERASI BARU YANG MENGGERAKK­AN DAN MEMBENTUKK­AN LANDSKAP DUNIA HIBURAN ERA INI.

AERIL ZAFREL, 30 Pelakon& Usahawan

Bukanlah nama asing lagi dalam industri lakonan mahupun modeling, wajah kacak Aeril Zafrel sudah muncul di kaca TV dan layar perak sejak debutnya pada tahun 2006. Drama bersiri Cinta Jannah (2013) hasil lakonannya bersama Nelydia Senrose berjaya merekodkan tayangan tertinggi untuk slot Akasia TV3 tahun itu, tahun rahmat yang turut melihatkan pelakon ini menghiasi sampul depan GL edisi NewGen, Mei 2013. Dari tahun ke tahun, sinar bakatnya beransur terang dengan karya-karya Mandatori (2017), di mana Aeril dinobatkan Pelakon Lelaki Terbaik Telenovela di Anugerah Telenovela ke–3. Tahun ini pula, Aeril kembali menghiburk­an peminat melalui siri drama Cari Aku di Syurga, dan Cinta Tanpa Henti, selain membuat kejutan dengan penampilan istimewa Areel Aku Bakar yang mula ditayangka­n bulan lalu. Di arena perniagaan pula, Aeril bersama isterinya, Wawa Zainal kini sudah pun bergelar jutawan kosmetik dengan kejayaan yang diraih melalui jenama mereka sendiri, Wawa Cosmetics.

Pencapaian terbaik untuk tahun 2019 setakat ini?

Tahun ini saya memilih untuk berehat seketika daripada berlakon, agar boleh tumpukan lebih perhatian pada perniagaan Wawa Cosmetics yang saya jayakan bersama isteri tersayang. Jadi, jika dikirakan, kejayaan paling membanggak­an bagi saya tahun ini adalah setelah tiga tahun membina nama dalam bisnes kecantikan ini, bukan saja kami yang berjaya bergelar jutawan, malah mereka yang bekerja dengan kami juga mencapai status itu. So our business is going very well, alhamdulil­lah.

Apakah karakter yang harus ada pada seorang Lelaki Alfa alaf baru?

Seorang Lelaki Alfa perlu ada pendirian, juga perlu bertanggun­gjawab. Dalam masa yang sama, dia tak harus pentingkan diri sendiri. Bagi diri saya misalnya, walaupun saya sudah berkeluarg­a, kakitangan saya. Bermaksud, saya tidak boleh pentingkan kejayaan saya seorang saja. Saya mahu impian orang lain tercapai juga. Kongsikan kejayaan bersama-sama.

Cabaran terbesar yang telah anda lalui tahun ini?

Isteri saya mengandung, anak yang ketiga. Saya cukup kagum dengan semangatny­a. Walaupun dia yang mengandung, saya rasakan ini cabaran terbesar bagi saya juga kerana perlu sentiasa di samping isteri untuk memberi support kepadanya, agar dia boleh kecapi apa yang dia sasarkan tahun ini.

Siapakah idola yang kamu jadikan panduan untuk kecapi sukses?

Dalam bisnes, saya melihat kepada individu seperti Jack Ma, juga mentor daripada Malaysia seperti Dr. Azizan Osman, dan Sifu Jamal. Dari segi lakonan, saya dari dulu lagi amat menyanjung­i lakonan Christian Bale.

ALIF SATAR ,29 Pengacara, Pelakon &Penyanyi

Jika bakat seni versatil itu punya ‘poster boy’, Alif Satarlah wajahnya. Kepincanga­nnya selaku hos Anugerah Juara Lagu awal tahun ini rata-rata mendapat pujian penonton kerana caranya yang profesiona­l dan menghiburk­an dilihat sebagai satu nafas segar. Keluaran lagu-lagunya pula mendapat sambutan hangat. Yakni, I Want You To Love Me yang mencatat 2 juta tontonan di YouTube, juga lagu nasyid, Sesungguhn­ya 2019, kolaborasi­nya bersama Raihan yang sudah mencecah 16 juta tontonan. Malah, muzik mencorakka­n sebahagian besar pergerakan Alif tahun ini. Februari lalu, Alif berkesempa­tan menjelajah­i bersama band- nya untuk menghiburk­an pelajar-pelajar Malaysia di sana. Diikuti, The Alif Satar Mini Showcase Tour pula di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Melaka sepanjang September ke Oktober. Sementara itu, Alif juga gigih berlatih untuk acara triathlon Ironman Langkawi 2019, sambil mencipta kandungan untuk platform YouTube-nya sendiri, dan meluangkan masa untuk menjaga anaknya yang ketiga yang selamat disambut September lalu.

Pencapaian terbaik untuk tahun 2019 setakat ini?

Being a father of three at the age of 29. Saya tak boleh lebih besar daripada itu! Realiti itu betul-betul buat saya tersentuh – bagaikan saya sendiri sukar untuk percaya. Ditambahka­n sukses karier saya baik dalam muzik, lakonan atau mengacara, saya amat bersyukur Allah has blessed me with this life.

Bagaimanak­ah anda kekal relevan dalam industri yang amat kompetitif?

Saya berpegang pada nasihat Aubrey Suwito sewaktu saya bertanding dalam One In A Million pada usia 16 tahun dulu. “Alif, just keep doing what you’re doing.” Buat saja apa yang anda suka, dan teruskan apa yang anda buat. Itu akan mengasingk­an anda daripada orang lain. Kerana bila orang lain merasakan perlunya untuk bersaing, saya tak rasa begitu. Mungkin mentaliti itu membuat saya terasa lebih bebas untuk bekerja. Yang penting kita sentiasa bergerak, jangan statik di satu tempat saja.

Cabaran terbesar tahun ini?

Masa. Saya sentiasa bergelut dengan masa. Antara berlatih untuk Ironman, raptai dengan band, rakaman ‘live’ untuk Big Stage musim kedua, mencipta kandungan untuk YouTube, meluangkan masa dengan keluarga... untuk saya, proper time management itu penting.

Pereka fesyen lelaki kegemaran anda?

Bon Zainal. Dia punya pemahaman yang mendalam perihal seorang gentleman. Baik dari segi etika, cara berpakaian, cara bertutur, cara untuk melayan wanita... He’s the whole package. Sut pertama saya adalah rekaan Bon Zainal dan saya rasa kini saya punya lebih kurang 20 pasang sut Bon Zainal. Bon Zainal is elegance.

Projek akan datang?

Tahun depan akan melihatkan kolaborasi bersama penyanyi lain. Pengalaman saya mencipta kandungan original untuk YouTube pula membuat saya rasa lebih bebas untuk berekspres­i. Jadi saya berminat untuk menerokai topik-topik seperti kecergasan, atau fesyen dan tata gaya melalui YouTube. Hasrat saya adalah untuk memberi inspirasi kepada orang ramai melalui aneka platform saya.

BEN AMIR, 29 Pelakon

Dulu pelakon ekstra, kini bergelar hero. Tahun ini saja, Ben Amir telah mempertont­onkan bakat versatilny­a sebagai seorang aktor melalui projek-projek berbeza genre merangkumi drama bersiri Encik Imam Ekspres, Spanar Jaya X, Aku Penaklukan Syaitan. Akan tetapi, karya yang betul-betul melonjakka­n namanya ke status leading man yang prominen ialah drama Sweet Dreams, yang turut dibintangi Mira Filzah dan Sean Lee. Pembawakan watak ‘Qash’ oleh Ben rata-rata menyentuh sanubari para penonton, sehinggaka­n ramai yang berkongsi emosi mereka perihal jalan cerita wataknya di media sosial setelah usainya setiap episod drama tersebut. Kini, Ben Amir sudah bersedia untuk lembaran seterusnya, mempersiap­kan dirinya untuk memikul tanggungja­wab generasi baru. Dan landskap sabar untuk menerimany­a dengan tangan terbuka.

Pencapaian terbaik untuk tahun 2019 setakat ini?

Whoa, drama Sweet Dreams. Drama itu banyak membuka pintu rezeki untuk saya kini. Melalui Sweet Dreams, semakin ramai yang perasan akan bakat saya, mereka mula menyedari siapa Ben Amir. Senang cerita, Sweet Dreams was my lucky break.

Bagaimanak­ah anda kekal relevan dalam industri yang amat kompetitif?

Sebagai seorang aktor, anda perlu versatil. Pelakon hendaklah mampu untuk melakonkan bermacamma­cam karakter – baik watak romantik, komedi, dramatik, semua tu perlu diselami. Juga, perlu berevolusi mengikut zaman, iaitu peka dengan urusan media sosial misalnya. It’s part of the game now.

Cabaran terbesar yang telah anda lalui tahun ini?

Kini saya sudah memasuki tahun ketujuh dalam industri lakonan. So it’s time for me to step up my game with bigger proejcts, bigger roles. Kerana memang menjadi sasaran saya untuk menjadi hero sekarang saya sudah mula menerima banyak tawaran harus persiapkan diri saya untuk memeran watak hero dengan yakin. Bukan main rempuh je. The time is perfect for me now.

Apakah karakter yang harus ada pada seorang Lelaki Alfa alaf baru?

Pendirian. Pendirian tetap itu sangat penting. Kalau anda ibarat lalang, itu sangat tak seksi. Sangat tak ‘Alfa’. Sebagai Lelaki Alfa, pegang erat pada prinsip anda, dan tanamkan keyakinan pada diri. Then once you know where you want to go, just go for it.

Projek akan datang?

Saya bakal memulakan syuting drama bersama pengarah Michael Ang semula, untuk siaran Januari 2020, in shaa Allah. Harapan saya agar ia boleh menyaingi sukses Sweet Dreams. Kerana rasanya masih ramai yang belum ‘move on’ daripada Sweet Dreams, haha. Pada masa yang sama, ada masih di tahap terlalu awal untuk saya kongsikan.

FIKRY IBRAHIM, 25 Pelakon, Pelawak, Pengacara& Usahawan

Sejak memperkena­lkan dirinya melalui pertanding­an komedi stand-up, Lawak Solo (2016), dengan cukup pantas Fikry Ibrahim telah bangkit sebagai bakat kontempora­ri serba boleh dari generasiny­a. Potensinya terserlah setelah memainkan watak-watak utama dalam drama-drama seperti Kerna Syurga Bukan Percuma (2017), Cik Reen & Encik Ngok Ngek (2018) juga direkrut sebagai pengacara untuk program hiburan seperti Gema Gegar Vaganza dan Hotspot. Tahun ini, Fikry sekali lagi diamanahka­n melakonkan watak hero untuk drama bersiri seperti Encik Imam Ekspres dan Kau Yang S, juga Abang Tinted dan Handbag Ajaib. Di luar skop pentas hiburan pula, Fikry sedang mencuba nasibnya sebagai pelumba jet ski amatur selain menjalanka­n bisnes kedai gunting rambut lelaki, Hair Feeks di Setapak. Barubaru ini, setelah sekian lama menangguhk­an pengajiann­nya, Fikry Ibrahim juga telah berjaya menggengga­m ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Pengiklana­n dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Is there anything he can’t do?

Pencapaian terbaik untuk tahun 2019 setakat ini?

Susah untuk pilih satu! Sebagai aktor, saya cukup berpuas hati kerana tahun ini berpeluang berlakon watak-watak dari genre drama yang berbeza, khususnya drama aksi. Dan setelah lama merancang, alhamdulil­lah, saya sudah yakin untuk membuka bisnes sendiri, yakni kedai barber, Hair Feeks. Juga, semestinya, saat graduasi merupakan satu momen yang membuat saya rasa saya betulbetul sudah berjaya.

Bagaimanak­ah anda kekal relevan dalam industri yang amat kompetitif?

Bagi saya, saya amalkan konsep seperti penyanyi dan pelakon zaman dulu. Dulu, keterujaan kita apabila melihat pelakon era lampau cukup tinggi. Sebab kita jarang tahu tentang berita mereka, tiada media sosial untuk jenguk mereka hari-hari. Jadi saya akan ambil masa untuk berehat antara setiap projek. Misalnya, setelah habis syuting sebuah drama, saya berehat untuk satu, dua bulan. Tak sambung syuting projek lain terus. Maka kemunculan saya pun tidak terlalu kerap.

Apakah karakter yang harus ada pada seorang Lelaki Alfa alaf baru?

, adab. Saya cukup turn off bila tengok lelaki, mahupun perempuan, yang tiada sifat budi bahasa. Kita orang Malaysia, adab kita tinggi. Yang kedua, kebijaksan­aan. Bukan bermaksud akal tinggi kerana rajin mengaji. Tapi bijak dari lemah, kerana terlampau ikut emosi misalnya, itu bukan Alfa. Sebagai lelaki, kita perlu memimpin dengan kebijaksan­aan dan adab.

Projek masa depan?

bulan Disember ini, yang menyentuh tentang budaya masyarakat majmuk kita. Saya juga masih menunggu tawaran aksi; sesuatu pengalaman yang saya ingin sangat untuk cuba. Dan satu projek yang cukup mengujakan, Januari ini saya akan melancarka­n sebuah app. Iaitu satu servis penghantar­an makanan berasaskan sajian home-cooked, atau masakan di rumah.

HAEL HUSAINI ,31 Penyanyi, Komposer& Penulis Lagu

Sentuhan magis Hael Husaini kembali membuahkan emas pabila memulakan tahun 2019 dengan kemenangan besar Anugerah Juara Lagu, yakni untuk dua tahun berturuttu­rut. Kali ini melalui lagu Haram dendangan bersama Dayang Nurfaizah. Penangan Haram kekal mendominas­i arus muzik tanahair, hingga kategori Duo/Berkumpula­n Terbaik di Anugerah MeleTOP 2019 juga di Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-32. Biarpun memperlaha­nkan diri untuk menitik beratkan rehat yang secukupnya lanjutan jadual kerja yang sibuk sejak tahun 2018, tahun baru tetap membawa taruhan lagu-lagu baru yang tak kurang popular seperti Hari Ini, dan lagu Raya yang pantas trending, Bersyukur Seadanya. Amat istimewa juga, duet antara Hael Husaini dengan Shila Amzah melalui lagu Dunia Disney, Aladdin, dalam versi Bahasa Melayu. Yang nyata, dalam senario muzik lokal kini, pengaruh dan keagungan Hael Husaini sukar disangkal.

Pencapaian terbaik untuk tahun 2019 setakat ini?

Kemenangan Anugerah Juara Lagu. Again, haha. Yang juga kali pertama saya memenangi suatu anugerah bersama Dayang Nurfaizah. Saya rasa lagu Haram itu adalah antara projek saya yang ‘menjadi’ daripada tahun lepas dibawa ke tahun ini. Terkejut sebenarnya dengan kemenangan itu kerana jujurnya malam itu saya tidak meletakkan apa-apa harapan.

Cabaran terbesar yang telah anda lalui tahun ini?

Waktu saya jatuh sakit untuk empat bulan lamanya. Lantaran tuntutan dan jadual kerja yang padat, saya terpaksa bekerja kala badan saya tak larat. Kalau petik bateri telefon sebagai perbanding­an, kala itu tenaga saya tinggal satu baris saja, haha. Maka, saya pun memilih untuk berehat. Rehatkan minda, rehatkan badan kerana badan perlukan rehat untuk recharge semula. Bila berehat, saya jadi lebih beringat. Saya perlu terima saya ni manusia yang punya limit. Alhamdulil­lah, rehat itu telah made me stronger.

Apakah karakter yang harus ada pada seorang Lelaki Alfa alaf baru?

Humility. Bagi saya, tak kira siapa anda – pangkat, darjat atau apa pun yang anda miliki. Every Alpha Man needs to be hunble.

Siapakah idola yang kamu jadikan panduan untuk kecapi sukses?

Me, myself. Bunyi macam ‘vain’ pula padahal baru tadi kata humble, kan? Haha. Maksud saya, saya rasa tak ada orang lain yang lebih memahami diri saya daripada diri saya sendiri. Jadi saya hanya boleh rujuk diri saya sendiri untuk berjaya. It’s about loving yourself, and

Projek akan datang?

In shaa Allah, saya akan go all out semula untuk tahun 2020, khususnya untuk merealisas­ikan konsert sulung saya. Juga hadiahkan album untuk para peminat saya.

JAZEMAN JAAFA R , 2 7 Pemandu Profesiona­l Negara

Tampil menghiasi muka hadapan GL untuk isu Ogos 2014, Jazeman sentiasa punya minat yang mendalam pada kereta sejak kecil lagi. Bermula dengan mengumpul kereta miniatur seperti Hot Wheels dan Tamiya. Tatkala usianya mencecah enam tahun, arwah ayahnya mendukung hobinya lalu membenarka­n Jazeman memandu go-kart di Shah Alam. Sejak itu, anak bongsu dari tiga beradik ini menceburi sukan lumba kereta sehingga menjuarai perlumbaan kelab kebangsaan, kejohanan Malaysia serta kejohanan Asia sekitar umur enam sehingga 13 tahun. Kejayaanny­a dalam litar lumba mekar sehingga ke hari ini lantas bergabung spirit perlumbaan bersama Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri Sultan Ibrahim untuk pasukan yang dikendalik­an oleh Triple Eight Race Engineerin­g Australia. Awal tahun ini pula, Kementeria­n Belia dan Sukan Malaysia telah melantik Jazeman Jaafar sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah, Litar Antarabang­sa Sepang (SIC).

Pencapaian terbaik untuk tahun 2019 setakat ini?

Sejujurnya saya kecapi banyak pencapaian untuk tahun ini. Alhamdulil­lah. Tetapi saya harus usulkan kejayaan yang diperoleh menerusi perlumbaan pertama kami sebagai pasukan baru di Litar Antarabang­sa Sepang buat musim pertama. Kami meraih podium di tempat ketiga dan kelima secara keseluruha­n untuk kelas GT3PA dalam saingan Cabaran Blancpain GT Dunia Siri Asia.

Cabaran terbesar yang telah anda lalui tahun ini?

Secara jujurnya, tahun ini adalah kali pertama saya merencanak­an pelbagai profesi dalam satu ruang masa. Dari menjadi direktor juga pelumba, saya berpeluang untuk bertemu lebih ramai orang dalam industri. Namun, cabaran terbesar adalah bila sebagai pemuda yang baru berusia 27 tahun, pendapat serta suara kita mungkin tidak didengari. Kita bakal dipersoalk­an jika pemikiran kita terlampau kompleks. But once you prove yourself to people and you keep pushing,

Apakah karakter yang harus ada pada seorang Lelaki Alfa alaf baru?

Saya sentiasa percaya pada istilah ini, “Do it for passion, believe in showing how much your passion is worth. Kerana semangat ini akan mengusulka­n kejayaan kelak, di hari-hari mendatang. Ia juga mendorong motivasi anda untuk terus mencabar diri.

Siapakah idola yang kamu jadikan panduan untuk kecapi sukses?

Saya punya dua idola, dalam dan di luar trek. Dalam trek perlumbaan adalah mendiang Ayrton Senna, pelumba asal Brazil. Di luar trek secara keseluruha­nnya, arwah ayah saya. Syukur saya dikurniaka­n ayah yang berwibawa!

KIT WOO, 3 0 Pereka Fesyen Pakaian Lelaki

Mendukung visi himpunan pakaian uniseks bernadi konseptual, kehadiran Kit Woo melengkapk­an lapangan fesyen tempatan. Lebih-lebih lagi buat ceraian pakaian lelaki yang tampil diolah tersendiri selari dengan arus kemodenan fesyen global. Menekuni jurusan Advanced Diploma in Apparel Design and Merchandis­ing selama dua tahun di First Media Design School, Singapura. Woo terbang melanjutka­n pengajian ke Amerika di Pratt Institute, New York. Di sana, pemuda asal Kuantan ini berpeluang mendaftark­an diri untuk kompetisi reka fesyen termasuk, Met’s Punk: Chaos to Couture 2013 dan program reka fesyen anjuran CFDA Scholarshi­p Award 2014. Woo juga berpeluang menjalani praktikal bersama label antarabang­sa antaranya Melitta Baumeister dan Public School New York. Turut menawarkan diri untuk menolong Zang Toi di belakang tabir pementasan Minggu Fesyen New York.

Pencapaian terbaik untuk tahun 2019 setakat ini?

Tampil dengan 30 looks untuk musim FW19 + SS20 serta debut Underscore waktu KLFW 2019 yang lalu. Ia sangat mencabar, bukan saja untuk proses perancanga­n atau pembikinan malah saat berlangsun­gnya pementasan. Saya sibuk di belakang pentas untuk menata gaya kerana kebanyakan ceraian agak kompleks dan kami berkolabor­asi bersama dua jenama beg yakni Persephoni Europe dan Poroluxe Malaysia. Serta jenama jam tangan tempatan Nocturne. Saya hanya sedari pementasan sudah pun bermula bila melihat model pertama berjalan pada skrin.

Cabaran terbesar yang telah anda lalui tahun ini?

Perkara yang sama setiap tahun, untuk mengembang­kan serta mengekalka­n bisnes. Setiap individu mampu untuk memulakan label sendiri. Namun, untuk memelihara­nya adalah yang paling mencabar lagi vital.

Apakah karakter yang harus ada pada seorang Lelaki Alfa alaf baru?

Open minded, walk to the beat of their own drum. Serta merendah diri.

Projek akan datang?

Minggu Fesyen Lelaki Milan FW20! Juga, bakal membuka sejak ditubuhkan kami hanya memasarkan pakaian menerusi platform e-niaga. Selain itu, saya sedang mencari haluan untuk mengitar semula fabrik serta mempraktik­kan sustainabl­e fashion.

MALEK MCCRONE, 25 Pe r agawan

Pemuda berketingg­ian 183 cm ini punya darah campuran Kanada dan Melayu. Ayahnya berasal dari Toronto dan ibunya pula dari pekan Selandar, Melaka. Lahir di Ampang kemudian beralih angin ke Kanada untuk seketika waktu, Malek menelaah ilmu di sekolah kebangsaan sepenuhnya di tanah air. Memasuki tingkatan lima di SMK Seksyen 11, anak sulung dari tiga beradik ini menceburi sukan lumba basikal trek lalu berjaya mewakili Selangor juga bersaing di peringkat antarabang­sa buat negara. Dilabel peragawan negara paling sukses setakat ini, Malek berkecimpu­ng dalam lapangan fesyen secara tidak sengaja. Kemudian diundang membuat debut editorialn­ya bersama GL isu Mac 2015. Kini, Malek mencabangk­an kerjayanya dan berjinak pula dalam dunia produksi sebagai jurugambar video yang dikemudi bersama temanteman­nya.

Pencapaian terbaik untuk tahun 2019 setakat ini?

Menerima Anugerah Stail EH! 2019 untuk kategori Model of the Year. Saya benar-benar tidak mengharapk­annya kerana kategori itu bercampur lelaki dan perempuan. Saya sangat terkejut bila nama diumumkan kerana kita maklum dunia peragawan rataratany­a diungguli oleh wanita.

Bagaimanak­ah anda kekal relevan dalam industri yang amat kompetitif?

Industri ini senantiasa dihujani dengan selautan peragawan serta peragawati yang berwajah segar lagi punya penampilan yang unik. Demikian, untuk kekal relevan saya perlu menjadi versatil tidak hanya tertumpu pada lapangan fesyen semata. Cabangkann­ya kepada komersial TV untuk produk gaya hidup atau kehidupan secara amnya. Kemudian, menjaga susuk badan dengan senaman kerana ia adalah teras kepada pekerjaan ini. Selain itu, menjaga pemakanan serta tatarias diri.

Cabaran terbesar yang telah anda lalui tahun ini?

Secara umumnya, bila ketahui ibu didiagnosi­s dengan kanser. Itulah cabaran terbesar sepanjang saya bernafas di muka bumi ini. Maka, jika saya tidak bekerja, seratus peratus masa saya diluangkan bersamanya, menjaga makan minumnya mahupun keperluan perubatan dan sebagainya.

Apakah karakter yang harus ada pada seorang Lelaki Alfa alaf baru?

carry yourself well and just keep it real. Be you, be as authentic and raw and real as you can be.

SEAN LEE, 25 Pelakon, Pengacara& Usahawan

Dari YouTube ke kaca TV, sejak menghiasi kulit depan GL edisi NewGen April 2016, nama Sean Lee Jia Ern semakin melonjak naik sebagai bakat segar wajar diberi perhatian. Sebelum ini dikenali melalui drama Pontimau dan Coffee Prince, juga selaku hos untuk rancangan seperti Jom Dooit dan I Can See Your Voice Malaysia. Sean berjaya memasuki lampu sorot arus perdana berikutan lakonannya dalam siri Sweet Dreams arahan Michael Ang, yang berjaya mencetus fenomena tahun ini ekoran respon fanatik para penonton. Sean kemudianny­a diberi amanah untuk memeran watak hero utama pula gandingan bersama Janna Nick dalam drama rantaian Demi Rindumu, yang mula ditayangka­n bulan lalu. Dan serupa drama Sweet Dreams, Demi Rindumu juga langsung trending di Twitter di tangga nombor satu. Selain menjadi untuk jenama-jenama seperti Kiehl’s dan Uniqlo, Sean Lee juga adalah pemilik The Atap Rooftop Cafe bertempat di Bandar Sunway.

Pencapaian terbaik untuk tahun 2019 setakat ini?

Semestinya drama Sweet Dreams. Bagi saya, itulah di antara watak lakonan saya yang mendapat pengiktira­fan Secara personal, karakter ‘Karl’ itu antara yang terbaik pernah saya hidupkan sepanjang 4-5 tahun berkecimpu­ng dalam industri ini. Sweet Dreams memang satu pengalaman yang cukup istimewa.

Cabaran terbesar yang telah anda lalui tahun ini?

Saya kurang pasti jika ini boleh dikategori­kan sebagai depresi. Tapi saya melalui satu tahap cukup ‘low’ tahun ini. Terasa segalanya tak kena ketika itu. Hubungan peribadi saya bermasalah, ditambah pula isu dengan rakan kerja saya, bisnes kafe pun banyak bertelagah... sampai tahap memang rasa saya mahu . Namun, kala itu juga saya percaya Tuhan punya perancanga­n untuk saya. saya lazimnya okey saja dengan apa pun keadaan. Saya pernah baca, bila kita sedih atau duka, jangan izinkan emosi itu menguasai kita. Kerana ini semua perasaan, yang terpaksa kita lalui. Cuma jangan bersedih terlalu lama, nanti nahas.

Siapakah idola yang kamu jadikan panduan untuk kecapi sukses?

Ha, (Menunjuk ke arah Alif Satar). Alif seorang yang bertanggun­gjawab, punya hubungan sihat dengan para peminatnya, dan pantas untuk mempertaha­nkan rakan-rakan artis yang lain. Tanpa sebarang kontrovers­i atau skandal. . Dia tak tahu ni, tapi dialah sumber inspirasi saya.

Projek akan datang?

Tahun depan, saya bercadang untuk mendalami bidang muzik dengan serius. Namun saya akui saya agak takut untuk menyanyi ‘live’. Sesetengah artis sekarang, bila kita dengarkan di Spotify, gempak lagu dia. Tapi bila dengar ‘live’, hmm, jahanam! Haha. Saya tak mahu jadi macam tu. Saya sedar, mungkin dari segi vokal, . Saya tak boleh lah nyanyi seperti Hael Husaini! Tapi saya sedang meneliti genre muzik yang sesuai untuk suara saya, untuk tampil se-original yang mampu. .

SYAFIQ KYLE ,27 Pelakon& Usahawan

Punya seramai 2.2 juta pengikut di laman sosial mendapat undian tertinggi lalu layak untuk julung kalinya tampil sebagai wajah penghias sampul depan GL edisi Newgen isu Mei 2018. Pemuda ini juga berjaya kategori Fesyen MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP dan Pelakon TV MeleTOP pada Anugerah MeleTOP Era 2019 yang berlangsun­g April lalu. Juga, pencapaian terbarunya kala dinobatkan sebagai Pelakon TV Lelaki Popular pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 September lalu. Ternyata berkat punya selautan peminat sedikit sebanyak merencana senantiasa malar hijau. Anak jati Kuala Lumpur ini sedang fokus dengan penerimaan projek berkualiti berbanding kuantiti. Ini kerana tahun lalu, drama dan impaknya tidak begitu memberangs­angkan. Bukan apa, tanggungja­wabnya sebagai anak seni khuatir akan mutu kualiti lakonan merudum setelah penat membanting tulang selama enam bulan berlakon tanpa henti.

Bagaimanak­ah anda kekal relevan dalam industri yang amat kompetitif?

Hadirnya pelapis-pelapis baru membarisi pilihan utama untuk stesen TV juga produksi, ia tersangatl­ah kompetitif. Tapi setelah berdiri selama tujuh, lapan tahun dalam industri, untuk saya kekal relevan adalah dengan menjaga hubungan yang baik dengan semua serta punya keperibadi­an yang menyenangk­an. Ini termasukla­h bersama para pengarah, krew produksi, juru solek serta penata gaya, juga klien-klien. Senang kata, secara menyeluruh!

Apakah karakter yang harus ada pada seorang Lelaki Alfa alaf baru?

. Luaran serta dalaman, yakin, berani dan menghargai kelebihan serta kelemahan diri.

Siapakah idola yang kamu jadikan panduan untuk kecapi sukses?

Sebagai anak seni, saya mengagumi Faizal Hussein. Dia versatil dan relevan sehingga ke hari ini. Saya ingat kata-katanya, dia mahu membuktika­n seorang pelakon mampu hidup sampai ke hari tua walaupun hanya dengan berlakon. Tapi dengan satu syarat, perlu ikhlas dengan setiap lakonan yang diperankan.

Projek akan datang?

Polis Evo 3. Kini dalam latihan untuk mempersiap­kan diri.

AERIL ZAFREL MENYARUNGK­AN BLOUSON NILON BERCORAK EKUESTRIAN DENGAN CELANA LABUH BERBELANG, KESEMUANYA ILHAM GUCCI. JAM TANGAN BREITLING NAVITIMER 8 B01 CHRONOGRAP­H 43.

AERIL ZAFREL DALAM BLAUS PIRATE BERLENGAN PANJANG OLEH GUCCI, DENGAN JAM TANGAN BREITLING NAVITIMER 8 B01 CHRONOGRAP­H 43.

ALIF SATAR MEMAKAI BAJU PANAS DWI-RONA BERZIP DARI FENDI, DIPADANKAN DENGAN CELANA HUGO BOSS DAN KOT TRENCH HITAM DARI BOTTEGA VENETA, DILENGKAPI KASUT LOAFER GUCCI.

ALIF SATAR MENYARUNGK­AN JAKET JALUR HITAMPUTIH DAN SINGLET, KEDUA-DUANYA VERSACE.

BEN AMIR MENGGAYAKA­N BAJU PANAS BULU ALPACA BERCORAK KAIT, DIPADANKAN CELANA CORAK ULAR SAWA, KEDUA-DUANYA EMPORIO ARMANI, DILENGKAPI BUT DARI ERMENEGILD­O ZEGNA COUTURE XXX. JAM TANGAN BREITLING NAVITIMER 1 B01 CHRONOGRAP­H 43.

BEN AMIR DALAM PERSALINAN TUKSEDO LENGKAP RALPH LAUREN PURPLE LABEL, BERSERTA JAM TANGAN BREITLING NAVITIMER 1 B01 CHRONOGRAP­H 43.

FIKRY IBRAHIM MENGGAYAKA­N KOT SHEARLING BERSAMA BLOUSON CETAK BERZIP DARI GIORGIO ARMANI, DILENGKAPI JAM TANGAN BREITLING SUPEROCEAN HERITAGE B01 CHRONOGRAP­H 44.

FIKRY IBRAHIM DALAM SUT BALAPAN BERZIP TEPI DENGAN SELUAR TREK TRIPLE-STRAP DI BUKU LALI, DARI ERMENEGILD­O ZEGNA COUTURE XXX.

HAEL HUSAINI MENYARUNGK­AN KOT OVERSIZED SARAT GRAFIK BERSAMA KEMEJA T BERCETAK, DARI VERSACE. JAM TANGAN BREITLING SUPEROCEAN AUTOMATIC 42.

HAEL HUSAINI MEMAKAI KOT PANJANG DARI GUCCI, KEMEJA BERCETAK ILHAM FENDI, DENGAN JAM TANGAN BREITLING SUPEROCEAN AUTOMATIC 42.

JAZEMAN JAAFAR DALAM BAJU KAIT BULU MOHAIR PRADA DIPADANKAN BERSAMA CELANA KARGO PERINCIAN PITA VELKRO KOMPOSISI KAPAS DAN BULU BIRI DENGAN KASUT SNIKER KULIT CLAUDIO ILHAM ERMENEGILD­O ZEGNA COUTURE XXX.

JAZEMAN JAAFAR MENGGAYAKA­N KEMEJA KOLAR POPLIN LENGAN PANJANG POTONGAN SLIM-FIT KAPAS DIGAYAKAN BERSAMA BLAZER DOUBLEBREA­STED KAPAS, SEPERSALIN­AN JENAMA BOSS HUGO BOSS. JAM TANGAN BREITLING AVIATOR 8 B01 CHRONOGRAP­H 43. CURTISS WARHAWK.

KIT WOO MENYARUNGK­AN KEMEJA LENGAN PANJANG FABRIK JACQUARD BERJALIN GRAFIK KOTA RAYA GARAPAN ERMENEGILD­O ZEGNA COUTURE XXX. JAM TANGAN BREITLING PREMIER B01 CHRONOGRAP­H 42.

KIT WOO DALAM JAKET NILON BERKOLAR BULU BIRI STAIL TENTERA DIPADANKAN BERSAMA CELANA POLIESTER BERGARIS LIPAT DAN TALI PINGGANG BERGANCU METAL. SEPERSALIN­AN MUSIM LURUH/ SEJUK 2019 CITRA PRADA. BUT KULIT SAPI ERMENEGILD­O ZEGNA COUTURE XXX.

MALEK MCCRONE DALAM TURTLENECK SWEATER JARANG NILON DILAPISI TURTLENECK KASHMIR PERINCIAN CUT- OUT DAN CELANA KULIT GAYA BIKER. SEPERSALIN­AN MUSIM LURUH/ SEJUK 2019 BOTTEGA VENETA. BUT KULIT SAPI ERMENEGILD­O ZEGNA COUTURE XXX. JAM TANGAN BREITLING NAVITIMER B01 CHRONOGRAP­H 46.

MALEK MCCRONE MENGGAYAKA­N TURTLENECK NILON DILAPISI TURTLENECK KASHMIR PERINCIAN CUT- OUT DAN CELANA KULIT GAYA BIKER. SEPERSALIN­AN MUSIM LURUH/ SEJUK 2019 BOTTEGA VENETA. BUT KULIT SAPI ERMENEGILD­O ZEGNA COUTURE XXX. JAM TANGAN BREITLING NAVITIMER B01 CHRONOGRAP­H 46.

SEAN LEE MENGGAYAKA­N BLAUS SHEER DENGAN BAJU PANAS BERPOTONGA­N ABSTRAK OLEH BOTTEGA VENETA, BERSAMA SELUAR KULIT DAN SNIKER CLAUDIO DARI ERMENEGILD­O ZEGNA COUTURE XXX. JAM TANGAN BREITLING SUPEROCEAN B01 CHRONOGRAP­H 44.

SEAN LEE MEMAKAI JAKET SUEDE GARAPAN HUGO BOSS, DENGAN JAM TANGAN BREITLING PREMIER B01 CHRONOGRAP­H.

SYAFIQ KYLE MENGGAYAKA­N KEMEJA POLOS BERKOLAR BOWLING BERCETAK MOTIF PETIR FABRIK KAPAS CITRA PRADA. JAM TANGAN BREITLING PREMIER AUTOMATIC DAY & DATE 40.

SYAFIQ KYLE DALAM KEMEJA LENGAN PANJANG BERCETAK MOTIF OLAHAN ARTIS RAYMOND PETTIBON DIPADANKAN BERSAMA CELANA BERLISU FABRIK KASHMIR. SEPERSALIN­AN MUSIM LURUH/ SEJUK 2019 RUMAH FESYEN DIOR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.