Pilihan Editor

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI - Teks: Johan Kassim

Sarungan aksesori seperti cincin adalah tentang ‘mencipta detik’ melalui penggayaan. THOMAS SABO percaya kepada ‘kuasa’ pada aksesori kecil yang mampu meninggalk­an impak besar. Susuk rekaan cincin ini menggabung­kan gaya maskulin diperkemas­kan dengan elemen rock chic berserta santai. Berketepat­an tinggi dan ketahanan ketukangan melengkapi ciri- ciri himpunan aksesori Thomas Sabo yang terbaru.

Motif haiwan kembali mendominas­i fesyen lelaki. Faham jugalah mengapa. Kerana lelaki generasi sekarang mahukan semuanya yang ekstra. Hendak tambah drama dalam hal berpakaian. Himpunan GIAMBATIST­A VALLI X H&M berikan segala ilham yang bermotifka­n kulit haiwan diolah dalam gaya sartorial, tidak lagi gaya yang mendatar terwujud. Gaya ekstrem boleh tercipta dengan menyarung jaket double breasted bermotif kulit harimau. Stail berparti? Inilah blazer ‘party look’ paling sempurna cadangan kami.

Helaian luar MCM diolah dalam rupa jaket varsity, dilengkapi all- over logo prints pada kedua-dua bahagian lengan baju, mencorakka­n idea terbaik buat peminat street style. Siluet berganda menyuntik ilusi terhadap pemakaian. Dan memudahkan pemakai menjadikan­nya helaian penyudah dalam merealisas­ikan trik layering sewaktu musim sejuk. Kombo jaket varsity MCM ini serta padanan rencam seluar menguatkan lagi alasan jaket ini benar-benar versatil.

PEDRO menghadirk­an beg messenger bersaiz medium, yang mana memudahkan pemilik membawanya tanpa rasa menyusahka­n. Reka bentuk empat segi sama, memberi cadangan buat pemilik, sama ada untuk menyimpan gajet penting, buku nota atau dompet dengan rasa selamat. Tersemat bersama perincian seperti jahitan kemas dan gancu untuk tutup dan buka beg tersebut, benar-benar mencermink­an pasaran lelaki on-the-go.

Mengait budaya streetwear juga estetika futuristik, JIMMY CHOO menjulang aspek-aspek tersebut sebagai ilham utama penciptaan aksesori. Yang dimadukan bersama rona metalik terang bertenaga. Butiran pada beg diperkukuh­kan lagi dengan tampalan lencana pada permukaan beg sandang. Jimmy Choo mengangkat kuat nilai artistik dedikasi musim ini. Beg sandang yang tidak disangkal fungsinya, bertindak sebagai peneman setia khususnya kala kembara.

GUCCI menggarap konstruksi kasut tenis yang dihadirkan dalam rupa klasik putih, optimum dari aspek elemen material dan efek warna signatur jenama Itali itu. Seperti hijau dan merah yang cukup terang dan nyata melaung identiti jenama Gucci. Motif interlocki­ng GG, menyemanga­ti estetika vintaj dalam tafsiran moden. The perfect shoes for everyday wear.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.