The Longer, The Better

BARISAN AKSESORI MUSIM SEJUK KIAN BERGANTI RUPA DARI SEGI BELAHAN JUGA POTONGAN. SKARF PELENGKAP GAYA MENJADI ITEM YANG DIBERI NAFAS SEGAR TERUS LABUH KE LANTAI SEBAGAI SATU PENYATA FESYEN.

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI -

“I need a scarf!” Itulah antara barang utama yang dicari apabila ingin mengembara ke lokasi bermusim sejuk. Normal untuk seorang lelaki memiliki berbagai jenis skarf, kerana ia merupakan pelengkap gaya yang mudah untuk dibawa dan dipakai daripada pelbagai variasi lilitan dan fabrik yang boleh diikut melalui platform media sosial mahupun buku panduan ikatan skarf. Satu item yang cukup untuk menaikkan seri penampilan anda.

Kini aksesori ini telah dijadikan bahan eksperimen­tasi yang digubah menjadi rupa lebih bernyawa. Segalanya dibariskan di pentas raga musim luruh/sejuk tahun ini. Pelbagai jenis, rekaan serta pilihan benang dan fabrik diterapkan pada sehelai skarf mengikut DNA rumah fesyen masing-masing. Kebanyakan­nya menggunaka­n teknik kait sebagai metode utama dalam pembuatan skarf. Daripada teknik ini para pereka mula menambah saiz juga ukuran yang digarap kreatif menjadikan ia extra-long yang boleh mencecah ke paras lantai, lantas menggambar­kan ilustrasi baru yang ekstra dan berlebihan.

Bagi rumah Loewe, skarf jalur jenis stretchabl­e menawarkan rona ceria buat musim kelam. Acne Studios pula hadir bersama skarf bulu berbelah pada bahagian hujung mewujudkan gaya chic elegance. Pilihan selamat adalah sesuatu yang berwarna hitam, Dries Van Noten miliki skarf dalam kelas vibrant. Aksesori penutup leher ini wajib ada jikalau anda ingin kelihatan bersiap tatkala bergaya.

TIPS: Eksperimen dengan pelbagai jenis lilitan dari Parisian Knot, Fake Knot, dan Over-Hand untuk menjadikan gaya anda lebih versatil.

1. 1. Barisan pelakon Harry Potter bersama skarf uniform masing-masing 2. Kombinasi warna kontra antara persalinan dan skarf 3. Langkah ikatan skarf jenis Connoisseu­r

3.

2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.