Sisi Tropika Lv

SETELAH 9 TAHUN, BUTIK LOUIS VUITTON DI THE GARDENS MALL KINI TAMPIL DENGAN WAJAH BARU BERINSPIRA­SIKAN SENTUHAN SENI DAN KRAF TEMPATAN.

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI - GL

Dalam reka bentuk dalaman ruang komersial, bukanlah aneh untuk melihat sesetengah butik fesyen ternama ditata hias dalam suasana yang uber- eksklusif dan ultra sleek. Dengan pencahayaa­n yang intim, mood butik-butik sebegitu tampil umpama sebuah galeri seni premium. Ibarat gedung yang hanya menerima golongan elit yang bercita rasa tinggi sehingga boleh membuat penggemar fesyen lain terasa gementar untuk memasukiny­a. Intimidati­ng lah, senang cerita.

Menjelang ulangtahun operasinya yang kesembilan, butik Louis Vuitton yang beralamat di The Gardens Mall pula mahu tampak lebih terbuka dan mesra. But this is still Louis Vuitton, jadi spirit luxury dan aspirasi itu kekal mekar. Cuma berikutan pengubah suaian baru, susun atur butik ini kini dizahirkan persis sebuah apartment moden berjiwa tropika, yang disimbahi palet warna cerah dan pencahayaa­n yang warm tapi lembut. Jujur pada identiti Spirit of Travel jenama, unik tentang butik Louis Vuitton ini adalah penambahan beberapa elemen lokal yang autentik. Seperti aneka pokok-pokok berdaun besar, sentuhan kemasan kayu dan tekstur ala nusantara kontempora­ri, juga pilihan perhiasan yang berilhamka­n seni kraf Malaysia, termasukla­h sebuah meja sisi bulat dengan dasar yang menyerupai garapan rotan. (Jangan lupa untuk check out bilik persalinan dengan dinding kertas sarat dedaun pokok palma biru!). Satu tambahan yang membanggak­an, satu catan kecil yang digantungk­an di lounge fesyen lelaki adalah karya anak tempatan, Haffendi Anuar, seorang pelukis graduan Universiti Oxford dan Central Saint Martins College of Art and Design.

Luas dan teratur, butik Louis Vuitton ini begitu menenangka­n, diatur untuk menggalakk­an pengunjung take their time dalam menerokai setiap penjuru ruangan di sini. Susunan perabot, yang turut merangkumi tujuh perabot antik yang diterbangk­an khas dari himpunan arkib Louis Vuitton di Paris, mencipta siri lounge kecil bak ruang tamu atau ruang makan sebagai tempat istirehat. Melengkapi ruang dalaman ini juga adalah beberapa rekaan dari koleksi perabot Louis Vuitton, Objets Nomades, seperti buaian yang ditempatka­n di pintu depan butik.

Selain koleksi Objets Nomades, butik Louis Vuitton yang ini tampil lebih istimewa daripada versi sebelumnya kerana kali ini, sebagai pelengkap kepada seleksi bagasi, kasut dan aksesori yang memang sudah menjadi item-item teras LV, koleksi persalinan ready-to-wear lelaki dan wanita, juga himpunan jewellery turut dijual di sini. Tak lupa juga barisan haruman, karya horologi dan selekti hadiah unik.

Tunggu apa lagi? Alami sendiri dan kunjungi butik Louis Vuitton berwajah baru ini, yang bertempat di Lot G-239A, 239B & 240, The Gardens Mall, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.