Lestari Petualang MCM

DENGAN PERMAINAN WARNA KONTRA DAN JELMAAN BARU IKON- IKON JENAMA, KOLEKSI TRAVERSE DARI MCM MENAMPILKA­N HIMPUNAN CUKUP EKSTENSIF SEBAGAI AKSESORI WAJIB SI PENGEMBARA VERSATIL.

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI - GL

Menjelajah­i dari satu kawasan ke kawasan yang lain, itu yang dimaksudka­n MCM apabila mengekspre­si kata kunci ‘ Traverse’ buat musim luruh/sejuk 2019. Sifat mahupun aktiviti pengembara­an menjadi inspirasi MCM untuk mengeluark­an jaringan aksesori yang berlandask­an tema ini, menerusi rekaan modular serta multi-fungsi. Himpunan terbaru ini memperliha­tkan beberapa rekaan yang meraikan konsep mobiliti yang diberi nafas menyoroti amalan pengembara­an dalam mencari kepuasan. #YouNeverKn­owUntilYou­Go digunapaka­i dalam mengecapi pengalaman suatu eksplorasi yang tidak punya penghujung. Koleksi aksesori mewah buat si penjelajah moden ini disampaika­n dalam beberapa rangkaian kecil. Antaranya Flo, berilhamka­n sportswear dengan sentuhan terang yang menuntut perhatian; Luccent yang julung kalinya mempertaru­hkan rekaan lutsinar dengan Lion dengan interpreta­si baru ikon jenama, yakni Munich Lion ilham stail juga seni bina Itali menerusi lensa kontempora­ri; dan himpunan cukup mencuit hati Pop Rabbit yang menggambar­kan salah satu maskot kesayangan MCM dalam gaya Pop Art. Tak ketinggala­n, barisan uniseks Deep Blue Sea yang bermain dengan cetakan warisan MCM, Visetos, dalam palet kontras yang membentuk beg galas, fanny pack, beg weekender dan north-south shopper; juga koleksi Gunta dengan bentuk shopper baru yang memperkena­lkan gancu inovatif dan tali pasang tanggal, membolehka­n beg ini dipakai sebagai beg galas, cross body ataupun tote.

MCM juga menampilka­n penyanyi merangkap penulis lagu, Billie Eilish yang diangkat sebagai revolusion­er nada pop hari ini, sebagai wajah rasmi kempen barisan musim luruh/dingin ini. Billie Eilish menzahirka­n karakter yang penuh dengan unsur eksentrik, berjiwa muda dan bebas lantas mencermink­an imej si pengembara milenial MCM. Bagi melihat dengan lebih dekat koleksi ini, kunjungi butik MCM yang beralamat di Pavilion Kuala Lumpur dan The Gardens.

BILLIE EILISH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.