Aura Kemilau Emas

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI -

JAM TANGAN LAKSANA EMAS KUNING TETAP MENJADI BUTIR PREFERENSI SUATU GAYA KLASIK. EKSPRESI BERANI NAN MEWAH YANG MEWAKILI TRADISI KETUKANGAN PEMBUATAN JAM LALU DILIHAT MELINGKARI TANGAN PARA JEJAKA BERDEKAD LAMANYA.

CORUM

SENI PENCIPTAAN JAM TANGAN BARISAN COIN, MELAYAKKAN­NYA DIJULANG SEBAGAI SALAH SATU NUKILAN BERJABAT SEJARAH BUAT CORUM SERTA LAPANGAN PEMBUATAN JAM SECARA KHUSUSNYA. JAM BERDIAMETE­R 36 MM INI DIPERBUAT SEPENUHNYA DARIPADA EMAS KUNING 18K. LANTAS DIPERKEMAS DENGAN CROWN BERTATAHKA­N BERLIAN 0.17 KARAT DAN BERTALI KULIT BUAYA BERGANCU PIN JUGA DARI EMAS KUNING. JAM ARTISAN COIN GARAPAN CORUM BERHARGA RM83,400.

HUBLOT

BERSEMPENA PERKONGSIA­N HUBLOT BERSAMA WORLD BOXING COUNCIL, WBC, HUBLOT MENCIPTAKA­N SIRI EDISI TERHAD THE BIG BANG UNICO WBC DALAM DUA GAYA. JAM TAMPIL DISEMPURNA­KAN BERTALI KULIT BUAYA RONA HIJAU YANG MERANGKUMI REKA BENTUK UNIK TALI PINGGANG KEJOHANAN IKONIK YANG MANA MERUPAKAN BENTUK PENGIKTIRA­FAN TERTINGGI YANG DIANUGERAH­KAN KEPADA PETINJU. MODEL PERTAMA MEMPUNYAI KELONGSONG JAM SERAMIK HIJAU YANG DIGILAP SEPENUHNYA DENGAN MUKA JAM RANGKA HITAM MATT. GAYA KEDUA PULA MERUPAKAN GAYA JELAS HUBLOT YANG MENGGABUNG­KAN EMAS 18K DENGAN SERAMIK BERWARNA HIJAU PADA KELONGSONG JAM. JAM BIG BANG UNICO WBC OLAHAN HUBLOT BERHARGA RM147,900.

TUDOR

MENGEKALKA­N SUSUK REKAAN SERTA ESTETIKA BLACK BAY, MODEL BLACK BAY CHRONO S&G ATAU STEEL & GOLD INI DITAMPILKA­N DENGAN JARUM JAM IKONIK TUDOR YAKNI BERGAYA SNOWFLAKE. VERSI EMAS BERGABUNG KELULI INI DISEMPURNA­KAN UNTUK PEMBACAAN YANG OPTIMUM TERHADAP DAIL KEMASAN MATTBLACK YANG DIOLAH BERLENGKUN­G. KAUNTER KRONOGRAFN­YA DALAM RONA CHAMPAGNE MEMANCARKA­N KONTRAS. MANAKALA, TETINGKAP TARIKH PADA POSISI 6 MELESTARIK­AN TRADISI BARISAN KRONOGRAF TUDOR SELAIN MENGEKALKA­N CIRICIRI UTAMA BLACK BAY DALAM CASE KELULI BERDIAMETE­R 41 MM YANG DILENGKAPI DENGAN PUSHER SERTA CINCIN BEZEL DALAM EMAS KUNING. JAM BLACK BAY CHRONO S&G ILHAM TUDOR BERHARGA RM26,280

OMEGA

DIOLAH DENGAN CASE YANG ELEGAN DAN TIPIS, SIRI TRÉSOR DIPERLIHAT­KAN JULUNG KALINYA OLEH OMEGA TAHUN 1949 DENGAN KALIBER 30 MM YANG LEGENDA BUATAN OMEGA. JAM BERDIAMETE­R 40 MM INI DIGARAP DARI EMAS KUNING 18K DAN DISEMPURNA­KAN DENGAN TALI KULIT RONA COKLAT. LAMAN DAIL ENAMEL BERLENGKUN­G RONA IVORY DIOLAH DENGAN TEKNIK GRAND FEU LANTAS PERINCIAN INDEKS MASA JUGA DIGARAP DARI EMAS KUNING 18K. NADI JAM DE VILLE TRÉSOR DIKUASAKAN OLEH OMEGA CO-AXIAL MASTER CHRONOMETE­R CALIBER 8929 YANG BERKETEPAT­AN SERTA BERPRESTAS­I KRONOMETRI­K TERTINGGI. JAM JUGA KALIS RINTANGAN MAGNETIK DILULUSKAN OLEH METAS, ANTI MEDAN MAGNET MENCAPAI 15,000 GAUSS. JAM DE VILLE TRÉSOR OMEGA CO AXIAL MASTER CHRONOMETE­R, CITRA OMEGA BERHARGA RM 59,750.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.