Sahabat Sepanjang Hayat

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI -

MONTBLANC TAMPIL MENYINGKAP TIRAI KONSEP BUTIK TERBARUNYA DI PAVILION, KUALA LUMPUR. MAISON MEWAH INI MENGEKSPRE­SIKAN NILAI-NILAI TERASNYA DI DALAM MENDUKUNG PENGALAMAN PERUNCITAN YANG DIPERHALUS­I KETUKANGAN PERINCIAN EROPAH. SEKALI GUS, MENGAGUNGK­AN WARISAN NAN SOFISTIKAT­ED LALU MEMPERLIHA­TKAN PENCAPAIAN INOVASI YANG BEGITU SIGNIFIKAN.

Sebagai pengelola instrumen penulisan, jam tangan serta aksesori kulit mewah untuk para jejaka alaf masa kini, Montblanc tampil menyingkap tirai butik terbarunya. Butik yang berkeluasa­n lebih daripada 120 meter persegi ini mengambil lokasi di aras tiga di Pavilion Kuala Lumpur. Lantas, Montblanc memperliha­tkan konsep butik yang berhembus segar dengan penyatuan rona hitam, putih dan tekstur kayu bagi mengimbang­i nada rekaan kontempora­ri lalu mengekalka­n aura keanggunan klasiknya. Konsep butik terbaru ini mengusulka­n atmosfera yang lebih santai lagi relaks. Sekali gus, dilengkapi dengan kepelbagai­an sensori untuk pengunjung menerokai ke nadi alam Montblanc.

Menerusi visi pereka dalaman terkenal Perancis, Noé Duchaufour- Lawrance, ruang butik Montblanc ini punya tiga tema reka bentuk utama lantas memupuk teras Maison yang berpangkal­an di Hamburg, Jerman ini. Tulisan kursif yang indah sering kali dikaitkan dengan pena founten citra Montblanc merupakan titik permulaan untuk keseluruha­n reka bentuk butik. Gestur catatan tangan mengalirka­n elemen ruang

serta budaya penulisan.

Lambang ikonik Montblanc yang diilhami oleh salji pergununga­n Mont Blanc adalah elemen kedua yang juga merupakan simbol kesempurna­an tertinggi, dipaparkan pada panel dinding berlapis lakuer hitam.

Secara tidak langsung, membingkis keunikan resin berharga Montblanc juga mewakili sisi kehidupan serta jiwa Montblanc. Di samping itu, menterjema­hkan usaha dan evolusi konsisten menerusi inovasi. Elemen ketiganya adalah semangat di dalam mendukung perincian ketukangan, yakni nilai yang telah menandai sejarahnya sejak ditubuhkan tahun 1906. Diolah menerusi struktur seni bina dan komposisi kayu bernada gelap, ia mencedok inspirasi dari perabot kayu yang digunakan oleh artisan di dalam melaksanak­an kemahiran mereka untuk setiap item termasuk himpunan jam tangan, instrumen penulisan, barangan kulit atau perhiasan.

Seni penulisan yang dijunjung Montblanc merevolusi­kan budaya penulisan dengan inovasi yang cemerlang. Di butik terbaru ini, instrumen penulisan dipertingk­atkan dengan Bar Dakwat yang pertama membolehka­n para pengunjung untuk menikmati keseronoka­n menulis. Lapan mata pena yang berbeza daripada instrumen penulisan Montblanc dipamerkan dengan 13 warna tinta menawarkan pengalaman komprehens­if buat seni penulisan. Tidak lupa juga, di sudut sisi butiknya terdapat sudut teknologi baru memaparkan himpunan jam tangan pintar serta penciptaan Augmented Paper yakni peranti yang mendigital­kan penulisan tangan.

PAPARAN PENA EDISI TERHAD MELENGKAPI SUDUT PENGUMPUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.