Best Kept Secret

BELL & ROSS MEMBUAT KEJUTAN DENGAN PELANCARAN FAMILI SERBA BARU DALAM PORTFOLIO JAM TANGANNYA. KHUSUS BUAT JEJAKA KOTA, KENALI, BR05.

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI - GL

Masihkah mampu untuk kita menyimpan rahsia? Dalam budaya media sosial yang berebut untuk menjadi orang pertama melaporkan suatu berita gempak di alam digital. Di mana berita model iPhone atau Samsung Galaxy terkini misalnya sering dibocorkan sebelum ia menemui pasaran – masih wujudkah mereka yang boleh dipercayai untuk menyimpan rahsia?

Bulan Mac lalu, seramai 5,000 rakan media dan industri yang menghadiri pesta Baselworld 2019 telah dikejutkan dengan famili produk serba baru daripada Bell & Ross, yakni koleksi dikenali sebagai BR05. Pelancaran globalnya sudah diatur pada 5 September tahun ini. Bermaksud kesemua 5,000 golongan profesiona­l itu diminta merahsiaka­n kewujudan BR05 daripada mata dunia selama enam bulan lamanya. Tanpa diduga, mereka berpegang kukuh pada amanah itu.

“Dalam dunia digital ini, untuk berkongsi rahsia dengan lebih 5,000 orang profesiona­l selama enam bulan, tanpa sebarang ‘leak’ berkaitan BR05 keluar sebelum tarikh pelancaran­nya, saya terkejut. Tapi amat berterima kasih!” akui Carlos Rosillo, Ketua Pegawai Eksekutif, Bell & Ross.

horologi. Tarikan BR05 lahir dari reka bentuknya yang serba kontempora­ri nan elegan, suatu estetik yang jarang kita asosiasika­n dengan sebuah jenama yang lebih dijulang kerana instrumen-instrumen masanya yang tampak rugged dan ‘keras’. Berbeza sedikit daripada model BR01, BR02 dan BR03 yang sedia ada, BR05 masih jujur pada identiti asas Bell & Ross yang berpaksika­n satu geometri bulat dalam sebuah segi empat sama dilengkapi empat skru pada empat penjuru. Cuma uniknya, BR05 mengetenga­hkan siluet yang lebih lembut namun kekal kukuh. Julung kalinya juga, jam tangan Bell & Ross dikemasi gelang keluli direka berintegra­si dengan case jam tangan. Lantas, BR05 tampil sebagai aksesori baru buat jejaka kota, untuk melengkapi tuntutan kerja, liburan, riadah atau pun majlis formal.

BR05 didatangka­n dalam case 40 mm dengan pilihan tiga warna dail (hitam, biru, perak), dengan pilihan gelang keluli juga tali getah hitam atau biru. Selain versi keluli tahan karat, edisi emas merah dengan dail hitam turut ditawarkan. Rekaan dail skeleton dalam case keluli tahan karat pula disediakan dalam edisi terhad kepada 500 utas.

Diraikan secara besar-besaran di Pavilion Kuala Lumpur pada 24 September yang lepas, dalam beberapa hari sahaja stok BR05 di Kuala Lumpur sudah sold out. “Secara jujur, saya tak pernah khuatir akan penerimaan BR05 di kalangan peminat tegar Bell & Ross,” jelas Rosillo. “Kami mahukan suatu rekaan yang boleh dijolokkan a jewel of strength. Yang melengkapi portfolio kami yang sedia ada, cuma lebih indah rekaannya. Yang penting, jika kami sorokkan logo pada model BR05 ini, kamu masih boleh meneka ia jam tangan Bell & Ross. Kerana desainnya masih setia pada DNA jenama kami.”

CARLOS ROSILLO, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF, BELL & ROSS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.