Gentlemen, Start Your Engines!

SPIRIT PERLUMBAAN FORMULA 1 SINGAPURA DIHIDUPKAN LAGI DI PARTI TAG HEUER YANG MELIHATKAN PEMANDU F1, MAX VERSTAPPEN, BERSAING DENGAN HERO HOLLYWOOD, CHRIS HEMSWORTH.

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI - GL

Menjelang kehangatan Formula 1 Singapore Grand Prix pada September yang lalu, laman Silver Leaf yang lazimnya tenang dan menenteram­kan jiwa menjadi gamat dengan laungan gempita dan sorakan teruja para tetamu yang berjaya mendapat jemputan ke parti eksklusif pra-F1 anjuran jenama jam tangan Swiss, TAG Heuer.

Berlokasi di dalam Gardens by the Bay, Singapura, seramai 300 tetamu dibawa masuk ke tapak pesta Silver Leaf melalui terowong sepanjang 8 meter yang disinari cahaya dalam warna signatur TAG Heuer, merah dan hijau. Persembaha­n bertenaga daripada indie band The Sam Willows tampil sebagai hiburan pembukaan, yang dianggotai pemain gitar utama, Jon Chua, merangkap rakan jenama TAG Heuer.

Namun, para jemputan yang hadir sudah pasti lebih teruja menantikan kemunculan dua tetamu VIP amat istimewa. Tak lain tak bukan duta rasmi TAG Heuer, pemandu Aston Martin Red Bull Formula 1, Max Verstappen, dan adiwira Hollywood, pelakon Chris Hemsworth.

Suasana majlis bertambah gemuruh apabila dua ikon antarabang­sa ini diundang untuk memimpin dua pasukan berasingan langsung bersaing antara satu sama lain dalam menukar tayar kereta Formula 1 dalam ‘Pit Stop Tyre Challenge’, koordinasi tangan-mata dalam ‘Batak Challenge’. Pertanding­an penuh aksi ini menampakka­n pasukan Max Verstappen muncul juara, sebelum majlis diteruskan dengan putaran muzik daripada DJ Boey.

Sukan permotoran memang sudah sebati dengan identiti TAG Heuer. “Pengenalan saya kepada TAG Heuer agak organik,” kongsi Chris Hemsworth kala berbual bicara bersama GLAM Lelaki. “Saya pengarahny­a, Ron Howard, memberi saya seutas jam tangan TAG Heuer sebagai hadiah.” Filem Rush berkisar satu rivalry di antara pelumba Formula 1 dari England, James Hunt dengan pelumba dari Austria, Niki Lauda, pada musim perlumbaan tahun 1976. Di zaman itu, TAG Heuer adalah antara penaja kereta Ferrari yang dipandu Lauda. Malah, beberapa karya vintaj TAG Heuer seperti model Heuer Silverston­e dan Gold Heuer Carrera Chronograp­h boleh dilihat menghiasi mula membeli beberapa utas jam tangan TAG Heuer sendiri. “Mungkin memandangk­an saya memang menggemari jenama ini, mereka pun mendekati dan mempelawa saya untuk mejadi duta rasmi TAG Heuer,” sambung Hemsworth lagi. “I guess they thought maybe I’d be good to have on the team, haha.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.