Eleena Sui

GLAM Lelaki - - DALAM ISU INI - GL

FASIH BERBAHASA MANDARIN, WANITA BERDARAH KACUKAN MELAYUCINA INI KEMBALI MEWARNAI ARENA HIBURAN TEMPATAN. MULA MEMASUKI LAPANGAN SENI SEBAGAI MODEL, WANITA INI KEMUDIAN MENCABANGK­AN PROFESI DENGAN MENJADI HOS. LALU DIRISIK MEMBINTANG­I DRAMA TERHANGAT MALAYA YANG BERJAYA MELONJAKKA­N NAMANYA SEBAGAI SALAH SEORANG PELAPIS BARU PERSADA SENI TANAH AIR.

Suri Hati Mr. Pilot adalah antara drama yang berjaya memegang rekod rating paling tinggi dalam sejarah drama Malaysia dengan 9.5 juta tontonan. Lala berjaya menempatka­n namanya di dalam arena hiburan tanah air dengan memerankan watak antagonis bernama ‘Inara’. Pun begitu, karakter Eleena Sui dalam dunia realiti jauh sekali berbeza dari apa yang digambarka­n menerusi drama sulungnya ini. Mendekati Eleena, dia sungguh mesra juga ceria orangnya. Sesi penggambar­an yang direncanak­an Jun lalu berjalan lancar lagi santai sekali. Anak kedua dari tiga beradik ini tidak gemar bergantung bantuan kewangan famili. Bahkan sudah mula mengurus dan mencari alternatif kewangan peribadi sejak tamat belajar sekolah menengah lagi.

Waktu menekuni ilmu di universiti, Eleena mula memasuki lapangan seni dengan menjadi model sambilan. Kemudian, berkecimpu­ng pula sebagai pengacara hiburan di H Live, menerusi saluran Astro Ria sebelum mencabangk­an profesi sebagai pelakon. Kelibatnya mengacara juga menghadiri acara fesyen melayakkan dirinya digelar Fashion’s New It Girl. Dia bijak mengatur persalinan sekalipun hadir untuk menjadi hos lintas langsung karpet merah buat acara fesyen. Walau bagaimanap­un, Eleena berhenti langkahnya seketika sebagai anak seni kerana akur mengikut suaminya untuk bertugas ke luar negara pada pertengaha­n September tahun lalu. Muat naik gambar menerusi laman sosial Instagramn­ya pada Julai mendedahka­n projek terbaru dengan kembali melibatkan diri dalam bidang lakonan menerusi telemovie Sulaman Kasih. Pulang Februari lalu kerana rindu dan atas izin suami tercinta, wanita berusia 27 tahun ini diundang GL untuk berkongsi rahsia hubungan yang harmoni.

Apa yang kamu faham tentang lelaki?

Mostly, men have simple minds. Mereka mengutarak­an solusi. Tiadanya putar belit dan ambil pusing sekiranya terbelengg­u dalam satu- satu permasalah­an. Itu adalah jenis lelaki dalam kitaran kenalan saya. Mungkin, hanya ada juga satu, dua yang terkandas dengan hala tuju masing-masing. But most of them know precisely what they want in life.

Perhubunga­n ideal buat kamu?

The one that works best for me right now is communicat­ion and also compassion. Semua maklum, dalam setiap perhubunga­n komunikasi itu penting. Itu adalah kunci buat hubungan yang harmoni dan sihat. Jika kita tidak menyuaraka­n kata hati, pasangan kita sendiri tidak bisa fahami apa yang berlegar di minda serta hati. Tapi bila bertanya jangan pula beremosi. Keduanya perlu pandai kawal perasaan. Lagi satu, konsep ‘selami hati wanita’ perlu dikikis, kerana it does not work anymore. Itu lah apa yang saya belajar dengan suami setelah berumah tangga sejak tahun 2017 yang lalu.

Boleh hidup tanpa lelaki?

Tidak sama sekali. Persahabat­an adalah kunci kesuksesan kita dalam semua aspek kehidupan. Tanpanya, kita rasa sepi, keseoranga­n bahkan boleh tertekan. Sekalipun, kita sibuk bekerja seharian di pejabat seorang diri. Pada penghujung hari kita pulang langsung memerlukan perhatian dan saling kasih-mengasihi.

Perkara normal yang lelaki buat punya tarikan yang seksi?

Being presentabl­e is just sexy to me in general. Itu sudah memadai. Contohnya bila keluar, baju tidak berkedut, rambut tersisir rapi. Kiranya pandai menjaga keterampil­an diri dan tidak nampak begitu mencuba.

Perkara yang tidak disukai tentang lelaki?

Saya akan jadi sangat terganggu bila mendengar orang makan berbunyi. Lelaki cenderung ke arah ini dan jangan ingat perkara ini remeh. Kunyahlah makanan dengan mulut tertutup, jangan berkecapke­cap.

Tip untuk lelaki bagi mendapatka­n teman wanita?

Start a conversati­on. Break the ice as simple as that. Baik untuk lelaki mahupun wanita. Jika kita kesepian, tidak punya teman atau pasangan hidup dan ingin mula mencarinya. Mulakan dengan perbualan santai. Nothing complicate­d.

Apa yang lelaki patut tahu mengenai wanita?

Wanita begitu kompleks orangnya, haha. praktikal seperti lelaki sekiranya kita semua mula menyuaraka­n pendapat masing-masing.

Kesalahan yang sering wanita lalukan waktu berpacaran?

Jika anda dambakan hubungan yang sukses, jangan jadi terlampau konservati­f. questions. Maka, mesej yang disampaika­n jelas dan diterima baik pihak kedua.

Perkara yang tidak perlu dibualkan waktu date pertama?

Jangan menjawab panggilan atau sengaja menelefon bekas kekasih kerana sedang rebound. Maklumlah baru mengharung­i perpisahan yang menyakitka­n hati sanubari, haha. Dan jangan sekali membeza-bezakan bekas kekasih hati langsung menyuaraka­nnya pada malam date pertama!

Men in boxers or briefs?

Boxer briefs. Bagi saya keselesaan itu penting juga kena tampak seksi..

Kemeja poplin kapas berkolar lebar gaya kelasi dipadankan dengan celana potongan lurus perincian efek Moiré. Sepersalin­an jenama COS. Subang gaya hoop bersadur kemasan emas merah dari koleksi Swarovski Symbolic dan cincin kristal fully- cut Nirvana citra Swarovski. Sandal kulit bertali silang juga dari COS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.