EKSPLORASI RUANG ANGKASA

GLAM Lelaki - - INDEKS FESYEN -

Jimmy Choo mengolahka­n koleksi buat para jejakanya dengan eksplorasi ruang angkasa era mid-century. Rumah fesyen ini melintasi waktu silam dan masa hadapan bagi menciptaka­n himpunan musim luruh/sejuk 2019. Berdakap visi retro masa depan nan optimistik, koleksi ini juga disuntik gaya Rock berbalas energi persalinan sukan Amerika sekitar era ‘60-an. Sehubungan itu, pengertian istilah ergonomik serta metalik yang digubal daripada generasi pertama yang merentas ruang angkasa secara tidak langsung membentuk visi kala memandang masa depan yang sedang kita diami. Penyatuan kreatif ini memaparkan aksesori kulit seperti beg, sepatu, dompet, tali pinggang, lanyard dan pemegang kad yang versatil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.