PERCIKAN MEWAH ART DECO

GLAM Lelaki - - INDEKS FESYEN -

Membentang­kan barisan Deco terbaru nukilan Dunhill, rumah fesyen ini mencedok inspirasi yang bersentuh nadi seni Art Deco. Motif corak pada pemetik api serta jam antik yang tersimpan kemas dalam arkib Dunhill ini berasal dari tahun 1930-an. Pun begitu, corak asalnya diinterpre­tasikan semula dengan desain deco 'D' seperti yang ditampilka­n pada pentas peragaan Dunhill Musim Luruh/Sejuk 2019 di Paris. Corak unik ini dipamerkan pada baju kait panas juga menerusi seleksi persalinan kasual dan barang-barang serta aksesori kulit. Diolah menerusi koleksi kulit ikonik Duke, corak ini diambil daripada teknik marketri. Di mana ia, dipotong dan dicantum dengan teliti bagi setiap lembaran kulit hasil buatan tangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.