ELEGANT YET EXTRAVAGAN­T!

GLAM Lelaki - - INDEKS FESYEN -

Tayangan perdana klip video muzik Que Pena dendangan Maluma bersama J. Balvin dimuat turun hujung September lalu. Terus mendapat 20 juta tontonan hanya dalam masa lima hari. Pendatang baru asal Colombia ini tampil menggayaka­n barang kemas ilham jauhari daripada himpunan ikonik Serpenti buatan Bulgari. Kalung serta gelang Serpenti yang melingkari pergelanga­n tangan Maluma membiaskan sinar kilauan intan berlian yang meliputi seluruh aksesori eksklusif ini. Di samping itu, dilihat sama kelibat jam tangan automatik barisan Octo Finissimo yang diperkemas dengan kaliber ternipis yakni Caliber BVL 138 garapan Bulgari. Perkongsia­n istimewa ini mencetuska­n gaya extravagan­t untuk jejaka masa kini visi Bulgari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.