GLAM Lelaki : 2019-11-01

INDEKS FESYEN : 18 : 16

INDEKS FESYEN

INDEKS FESYEN Teks: Arie Sampornak EKSPRESI DIRI BERSAMA ADIDAS PERMULAAN BENJAMIN BARKER glamlelaki.my 16 Adidas bersama rakan jenama pilihan mereka mengajak semua untuk menjadi diri sendiri melalui kempen baru sempena pelancaran jaket VRCT. Jaket VRCT diolah dalam rupa varsity, warna bertenaga, ilham kesukanan diperkuatk­an dan tekad dengan matlamat mahukan pemakai menggayaka­nnya dengan stail tersendiri. Sentuhan seni reka yang Adidas yang menjurus stail kesukanan. Pun begitu, faktor fesyen disematkan pada warna dan lencana yang dipamerkan. Seramai enam atlet menyertai kempen ini, yang mana setiap daripada mereka berkongsi cerita peribadi melalui rekaan jaket VRCT. Anda boleh ‘bercerita’ bersama jaket VRCT dengan mencuba servis ‘customisat­ion’ di stor Adidas Sports Perfomance KLCC bermula 21 September sehingga 30 September. Masanya untuk be yourself! Benjamin Barker bersedia untuk menakluk pasaran fesyen lelaki di Malaysia setelah membuka butik pertama di Metrojaya, Mid Valley MegaMall. Jenama tersebut diasaskan di Australia dan baru sahaja meraikan ulang tahun ke-10, seterusnya menapak kukuh dalam memperting­katkan kualiti fesyen lelaki khasnya. Sewaktu acara pelancaran, pementasan koleksi baru Benjamin Barker telah diadakan dengan menghimpun­kan koleksi yang terbahagi kepada tiga tema utama, antaranya tuksedo dan smart casual. Rekaan yang dipersemba­hkan memerihal stail klasik sartorial berasaskan aspek premium dan padat dengan butiran serta kemasan yang memewahkan lagi rekaan Benjamin Barker. Aksesori lelaki lain, seperti tali leher, bow-tie, kasut boleh didapati di butik Benjamin Barker.

© PressReader. All rights reserved.