KAZUHIKO TAKAKURA
Kemahiran dalam teknik celupan warna membawa kepada satu sinar baru bagi pereka inovatif ini untuk berkarya. Kazuhiko Takakura cukup terkenal dengan karya seninya hingga pernah berkolaborasi bersama Issey Miyake, Comme des Garçons dan Nike NSW. Kini melab
Istimewanya Takakurazome Kyoto? Label istimewa ini saya kongsikan bersama penggemar fesyen Jepun di Malaysia. Setiap produk yang dihasilkan seperti tapestri, baju- T dan kasut sneakers dan semua hasil seni adalah hasil buatan tangan Takakura. Malah, koleksi istimewa ini adalah kali pertama ia diterbangkan di peringkat secara global dan ditempatkan di Parkamaya, Fahrenhai88. Bagaimana kembara fesyen anda bermula? Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang cukup terkenal dalam pembuatan celupan warna fabrik sejak 1897. Jadi, ianya sudah menjadi kebiasaan saya hingga ke hari ini. Walaupun agak lambat memulakan karier dalam bidang fesyen, namun, ilham seni sentiasa bercambah dalam setiap benak pemikiran saya dan akhirnya saya berjaya menggabungkan antara seni dan fesyen. Kupasan ilham signature? Setiap hasil rekaan seni saya dipenuhi dengan daya dinamik. Contoh karya seperti A practitioner of Kendo (Japanese Way of the Sword) saya lakukan secara sembahan warna dengan penuh kekuatan dan cara pembuatan mengikut ilham gaya Kendo. Setiap ilham seni yang dihasilkan sangat menyerupai budaya asli Kyoto kira-kira 800 tahun yang lalu tetapi diubahsuai menjadi lebih moden. Setiap celupan menggunakan tiga jenis katas iaitu stamping, shibuki dan brush strokes. Sumber inspirasi? Daripada alam semulajadi. Setiap elemen semula jadi yang saya lalui merentasi segenap bumi atau inspirasi gerakan kosmik menjadi sumber asasi saya dalam menghasilkan setiap lakaran seni. Malah, ianya menjadi inspirasi bagi koleksi terbaru saya tahun ini. Jika terdahulu, rekaan kimono lama diubah menjadi stail Tango dalam memenuhi ruang elemen moden. Perancangan masa akan datang? Sudah tentu ingin mengembangkan label terbaru saya Takakurazome Kyoto ke serata dunia untuk mereka melihat dan mengagumi sendiri ilham seni datangnya dari bumi Kyoto dan juga gaya fesyen warga Asia. Saya akan teruskan karya seni saya dengan penuh inspirasi dan unik dan ingin kembali beraksi bersama perekapereka terkenal antarabangsa yang mahukan teknik celupan Jepun dalam himpunan mereka.